Followers

December 08, 2011

Warga MARA perlu semai semangat Tun Razak : Shafie

KUALA LUMPUR : Semangat Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein perlu tersemai dalam diri setiap warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) walaupun mereka generasi muda yang tidak pernah kenal erti kepayahan di awal kemerdekaan, demi kesinambungan kepemimpinan organisasi berkenaan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Katanya, semangat dan roh perjuangan itulah yang bakal menjadi pemacu MARA untuk terus relevan dalam memajukan Bumiputera di negara ini, terutama terbabit dalam transformasi negara.

"Kita mahu generasi pelapis ini mewarisinya dan atas dasar inilah MARA yang ditubuhkan pada 1965 perlu bertindak lebih agresif, konstruktif dan strategik dalam menguruskan sumber manusia.

1.4 juta kakitangan awam sambut baik SBPA

PUTRAJAYA : Kajian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diterima baik oleh hampir 1.4 juta kakitangan awam kerana menawarkan faedah dan insentif baru termasuk skim gaji serta prospek perjawatan yang lebih baik.

Sehubungan itu, jabatan menjangkakan hampir semua kakitangan akan memilih bertukar daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata, sebagai contoh, kakitangan awam Gred N11 akan menerima faedah kenaikan gaji 10.5 peratus, Gred U17 (10.9 peratus), Gred N27 (9.7 peratus) dan Gred J41 (9.5 peratus).

December 07, 2011

Kursus Frozen Food #2












Nak tengok gambar penuh klik SINI


November 29, 2011

Kolej Poly-Tech MARA

PENGAMBILAN SESI JANUARI 2012 KINI DIBUKA

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan
  • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Perniagaan dan Perakaunan
  • Profesional
  • Sains dan Sains Kesihatan
  • Kejuruteraan
  • Sains Sosial dan Kemanusiaan
Kunjungi kampus KPTM berdekatan anda atau mohon segera secara online di www.kptm.edu.my

November 24, 2011

Pelajar MRSM turut terima bantuan RM100

KUALA LUMPUR : Semua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menerima bantuan persekolahan RM100 sebagaimana pelajar sekolah bantuan kerajaan dan swasta seperti diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, bermula Januari depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang kerana peruntukan diumumkan kerajaan itu membabitkan pelajar MRSM.

"Peruntukan itu ada, tetapi disebabkan MRSM hanya mempunyai pelajar peringkat menengah dan tidak mempunyai pelajar peringkat rendah. maka pembayaran itu akan dibuat pada awal Januari.

November 21, 2011

MARA optimis tingkat ekuiti Bumiputera 30 peratus

JOHOR BAHRU : Majlis Amanah Rakyat (MARA) optimis dapat menyumbang kepada peningkatan ekuiti pemilikan Bumiputera kepada sebanyak 30 peratus menjelang 2020 menerusi penganjuran pelbagai program keusahawanan.

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Rosdi Ismail, berkata antara program dilaksanakan termasuk membangunkan modal insan kreatif dan inovatif selain memberi pendedahan dalam pengurusan perniagaan yang berdaya saing serta berdaya maju.

Beliau bagaimanapun berkata, usahawan Bumiputera perlu berusaha mengubah sikap berpuak dan suka berpolitik bagi mengelak ketirisan yang hanya merugikan mereka.

November 17, 2011

Permohonan Kemasukan ke MRSM Ting 1 Tahun 2012

Mulai tahun 2012, kemasukan ke MRSM perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.

A. Syarat-syarat Kemasukan :

B. Cara Memohon Melalui Online :-
  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pej. MARA Negeri, Pej. MARA Daerah @ MRSM yang terdekat pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.

November 14, 2011

Kolej kemahiran tinggi Mara di Rembau berdepan risiko tanah runtuh


REMBAU : Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), di sini berdepan ancaman tanah runtuh yang mungkin boleh membawa kemusnahan besar, apabila tanah cerun berhampiran kolej itu kini sudah menunjukkan tanda-tanda untuk runtuh.

November 10, 2011

IKM-KKTM sasar institusi kemahiran kelas pertama

INSTITUT Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) akan membuat penjenamaan semula untuk mengangkat institusi terbabit sebagai institusi kemahiran kelas pertama sekali gus pengeluar utama tenaga mahir dan profesional di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Abd Rahim Abd Ghani berkata, mengikut penjenamaan semula itu, IKM mampu manarik pelajar lulusan cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di IKM.

Beliau berkata, sebelum ini IKM MARA dilihat sebagai institusi kelas kedua kepada pelajar yang gagah memasuki pusat pengajian tinggi dan politeknik.

Katanya, bagi mencapai hasrat terbabit MARA akan menaja dan memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara.

November 01, 2011

Permohonan Terbuka

Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Pengambilan Januari 2012


Tarikh : 28hb & 29hb Nov 2011 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Bertempat : Pejabat MARA Negeri Pahang,
Kompleks MARA, Jalan Gambut
25730 Kuantan, Pahang
No. Tel : 09-514 4044 / 4151

Tarikh : 28hb & 29hb Nov 2011 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Bertempat : Pejabat MARA Negeri P. Pinang
Bangunan MARA, No. 33
Jalan Pengkalan Weld
10300 Pulau Pinang
No. Tel : 04-261 2485 / 86

October 19, 2011

Manik Berbentuk Piramid # 2


Jahitan ini sesuai dijahit pada hujung lengan, bawah baju dan keliling leher.

*Patern ini mempunyai 5 baris jahitan

Cara-cara menjahit :-

1. Baris pertama
  • Naikkan jarum di atas kain
  • Pastikan jarum berada diatas kain
  • Masukkan 8 biji manik bulat
  • Luruskan dan selarikan manik di atas garisan, turunkan jarum

October 18, 2011

Manik Beriring Single # 1



Manik beriring single ini sesuai dijahit pada bahagian hujung lengan baju, bawah kaki baju, keliling leher atau tengah-tengah belahan baju kebaya. Sesuai juga dijadikan tangkai atau batang bunga pada baju yang coraknya berbunya besar.

October 14, 2011

Kerajaan Keluar Pekeliling Urusan Rasmi Penjawat Awam Mesti Guna Bahasa Kebangsaan

DURIAN TUNGGAL : Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.

"Bagi memastikan arahan itu dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam.

October 10, 2011

Kursus Frozen Food

Pejabat MARA Daerah Rembau bercadang mengadakan Kursus Frozen Food pada 18hb & 25hb Oktober 2011 bertempat di Pusat Masakan KEMAS, Rembau. Untuk makluman, kursus ini terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. Oleh itu, permohonan masih dibuka pada sesiapa yang berminat. Yuran bagi kursus ini adalah RM30. Tempat adalah TERHAD pada 20 orang sahaja. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah menghubungi Pn. Munira ditalian 06-685 1354 @ datang sendiri ke Pejabat MARA Daerah Rembau.


TQ..

October 06, 2011

Iklan Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Bumiputera yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred R3 - Sambilan

2. Syarat Lantikan :-

a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

September 29, 2011

Kemasukan Ke MRSM Ting 4 Tahun 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TING. 4 MRSM TAHUN 2011

A. Syarat2 kelayakan :

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM).

3. Pelajar Bumiputera Ting. 3 di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (Ting. 3 yang sedang menuntut di Sek. Men. Keb.) di Semenanjung Malaysia.

September 25, 2011

Open Office


Bersama Jabatan Penerangan & GiatMARA

September 13, 2011

Permohonan Sijil & Diploma



Institusi Pendidikan MARA (IPMa)




Perancangan Kursus Akhir Tahun

Pejabat MARA Daerah Rembau bercadang untuk mengadakan Kursus Selepas Hari Raya. Kursus ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak KEMAS, Rembau. Kursus yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

KURSUS KUIH MUIH TRADISIONAL
Tarikh : 25 Okt 2011
Bertempat : Pusat Masakan KEMAS, Rembau

KURSUS JAHITAN SENI MANIK
Tarikh : 29 Nov 2011
Bertempat : Bengkel Jahitan KEMAS, Rembau

KURSUS FROZEN FOOD
Tarikh : 28 Dis 2011
Bertempat : Pusat Masakan KEMAS, Rembau

Yuran bagi setiap kursus adalah RM30. Tempat adalah TERHAD kepada 20 orang sahaja. (Tarikh kursus berdasarkan jadual tenaga pengajar & boleh berubah mengikut kesesuaian masa). Sila hubungi 06-685 1354 (Pn. Munira) untuk keterangan lanjut @ datang sendiri ke Pejabat MARA Daerah Rembau untuk mengisi borang permohonan kursus. Segala perubahan tarikh akan dimaklumkan kepada peserta yang berdaftar sahaja.

TQ.

September 08, 2011

RESIPI PERCUMA BULAN INI



KEK ASAM MANIS

BAHAN A:
450gm MENTEGA
150gm GULA HALUS
10 BIJI TELUR GRED A
1 SUDU BESAR OVELETE
1 TIN SUSU MANIS
1 BTL KECIL JEM MIXED FRUIT
1 SUDU KECIL ESEN VANILA

September 05, 2011

Bergasak atas pusara

GEORGETOWN : Ketibaan 1 Syawal sepatutnya menjadi saat untuk bermaaf maafan dan mengeratkan silaturahim, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita apabila menjadi mangsa belasahan abang kandung.

Lebih memilukan, kejadian itu berlaku di tanah perkuburan di Bayan Lepas, dekat sini, ketika wanita itu menziarahi pusara ibu bapa mereka pada pagi Aidilfitri yang lalu.

MRSM, IKM perintis Tutor iLMS

PUTRAJAYA : Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan satu Institut Kemahiran MARA (IKM) dijadikan perintis pelaksanaan projek 2 - pembelajaran dikenali Tutor Intelligent Learning Management System (Tutor iLMS).

MRSM berkenanaan termasuk Merbok (Kedah), Felda Trolak (Perak), Kota Putra, Besut (Terengganu) dan Pekan (Pahang) serta Sungai Petani (Kedah).

August 29, 2011

Selamat Hari Raya & Hari Kemerdekaan

Kami dari staf PMD Rembau ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin & Hari Kemerdekaan... Kami ingin menyusun 10 jari memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali kami dari hujung rambut hingga hujung kaki...


Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 54.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

August 24, 2011

Khas untuk Kontraktor

Cadangan Kerja-Kerja Membekal, Memasang, Menguji dan Mentauliah Sistem
IP-PABX di Pejabat MARA Negeri Sembilan

Daftar : Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
Kelas : F Kepala : VIII Sub - Kepala : 1a, 1b, 1c, 2a, 2b

Daftar : Kementerian Kewanagan
Kod Bidang : 040100, 200300, 220104
(Pengiktirafan Bumiputera)

Tarikh Pelawa : 5 Sept 2011 - 12 Sept 2011

Tarikh Lawatan Tapak : 12 Sept 2011
Masa : 10.30 Pagi
Tempat Lawatan Tapak : Pejabat MARA Negeri, Negeri Sembilan

Tarikh Tutup : 19 Sept 2011
Masa : 12.00 Tengahari

August 19, 2011

Kursus Latihan Keusahawanan MARA Tahun 2011

Bahagian Pembangunan Usahawan MARA (BPU) akan mengeluarkan iklan Kursus Latihan Keusahawanan MARA bagi tahun 2011 melalui surat khabar seperti berikut :-


Semenanjung Malaysia
Mingguan Malaysia
21 Ogos 2011

Sabah dan Sarawak
Borneo Post
21 Ogos 2011


Senarai program yang disediakan :-

August 10, 2011

Pelajar kita kene rompak ketika rusuhan di London

KUALA LUMPUR : "Saya bersama Asyraf dikepung sekumpulan perusuh, tetapi dia cuba meneruskan perjalanan ke rumah seorang senior untuk berbuka puasa. Namun, saya sempat berpatah balik menaiki basikal," kata Sheikh Muhammad Faris Jamil Azhar, 20, rakan karib Asyraf Haziq Rosli, pelajar yang cedera diserang dalam rusuhan di London, kelmarin....

August 09, 2011

Kakitangan awam dapat bonus raya

PUTRAJAYA : Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini.

Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500....

July 27, 2011

Kursus Biskut untuk persediaan Hari Raya

PMD Rembau telah mengadakan Kursus Biskut Persediaan Hari Raya pada 27hb Julai 2011 bertempat di Pusat Masakan KEMAS, Rembau.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana memberi kerjasama untuk menjayakan kursus ini.



















Untuk melihat gambar kursus ini lebih lanjut, boleh lah singgah ke FB PMD Rembau

TQ..

July 26, 2011

July 19, 2011

Cadangan Kursus Selepas Hari Raya

Pejabat MARA Daerah Rembau bercadang untuk mengadakan Kursus Selepas Hari Raya. Kursus ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak KEMAS, Rembau. Kursus yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

KURSUS KUIH MUIH TRADISIONAL
Tarikh : 25 Okt 2011
Bertempat : Pusat Masakan KEMAS, Rembau

July 08, 2011

Showcase Raya

PMN Negeri Sembilan akan menganjurkan SHOWCASE RAYA 2011 di Seremban Plaza bermula 08 Julai hingga 10 Julai 2011. Pelbagai acara menarik diadakan seperti pameran produk usahawan, pertandingan makan buah-buahan, karaoke terbuka, pertunjukan autoshow dan macam-macam lagi. Dirasmikan oleh DATO' HJ YUNUS RAHMAT pada sabtu 09 Julai 2011 jam 2.30 petang. Semua dijemput hadir bagi memeriahkan majlis!!!

TQ..

June 30, 2011

MARA sasar jadi organisasi keusahawanan menjelang 2020

KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Pelan Transformasi Srategik MARA 2011-2020 dirangka tahun ini mampu mencapai sasaran menjadi organisasi berasaskan keusahawanan menjelang 2020.....

June 23, 2011

Latihan Pembentukan Usahawan (LPU)

MARA Negeri Sembilan bercadang untuk mengadakan Kursus LPU pada pertengahan Julai ini. Seramai 30 orang peserta diperlukan. Sessi taklimat / ujian kecenderungan akan diadakan pada 28 Jun 2011 ( Selasa ) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Kuliah PUSMA.

Untuk pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi En. Wan Roslan ditalian 06-7626 088 @ datang terus ke PUSMA Negeri Sembilan, Aras 3 Bangunan Seremban Plaza, Negeri Sembilan.

June 08, 2011

BERFIKIR DILUAR KOTAK (KHUSUS UTK USAHAWAN IBU TUNGGAL)

(Khusus kepada usahawan Ibu Tunggal)

Tarikh : 14 & 15 June 2011
Tempat : Dewan Latihan Pusma, Ting. 2
Medan MARA, Kuala Lumpur
Yuran : RM20.00 (Makan & minum serta sijil penyertaan diberikan kepada peserta)

* Tempat adalah TERHAD kepada 30 peserta awal sahaja.
* Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Pusma Wilayah Persekutuan di Tingkat 2, Medan MARA @ Telefon 03-2691 5111 samb. 3421 & 3419.

June 01, 2011

Kursus Surimee + Talam

Kursus ini telah diadakan pada hari Selasa bersamaan 31 Mei 2011. Kursus ini diikuti seramai 20 peserta. Dengan kerjasama setiap peserta, ini lah hasil yang diberi :-

Nugget Ikan
Sata
Keropok Lekor
Bebola Udang
Talam Berlauk
Talam Suji




May 23, 2011

Permohonan Terbuka

INSTITUSI PENDIDIKAN MARA (IPMa) PENGAMBILAN JULAI 2011

Tarikh : 24 & 25 Mei 2011 (Selasa & Rabu)
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Tempat : Pej. MARA Negeri Kedah
Plaza A. Star, Jalan Stesyen
off Jalan Langgar
05000 Alor Star, Kedah
No. Tel : 04-731 3060

May 16, 2011

Kursus Surimee + 2 Jenis Talam

Kami akan mengadakan Kursus Surimee + 2 Jenis Talam pada 31 Mei 2011 bertempat di Pusat Masakan KEMAS, Rembau. Kursus ini dijalankan selama Sehari sahaja, dari pagi - petang. Yuran pendaftaran boleh dibuat masa kursus dijalankan sebanyak RM30.

Sesiapa yang berminat sila datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau untuk berdaftar @ hubungi Pn. Munira Binti Mustapha ditalian 06-685 1354

TQ.

May 12, 2011

Program Pocket Talk

Pejabat SMECorp. Negeri Sembilan akan mengadakan satu program Pocket Talk kepada usahawan pada tarikh dan masa seperti di bawah :-

Tarikh : 24 Mei 2011 ( Selasa )
Tempat : Bilik Seminar, SME Corp Malaysia Negeri Sembilan,
Tingkat 13, Menara MAA,
Seremban, Negeri Sembilan.
Masa : 10.35 pagi - 11.35 pagi
Tajuk : Inkubator ; platform peningkatan pengeluaran produk komersial.

Daftar segera, terbuka kepada semua usahawan dan bakal usahawan. Tempat adalah TERHAD untuk 25 Orang peserta sahaja. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Sila berhubung terus dengan En. Noor Azzam atau En. Dzaid ditalian 06-7635264 untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut.

April 29, 2011

Iklan Jawatan Kosong

Iklan Jawatan Kosong di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau

Jawatan : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Rekabentuk Perabot) DC 41, 2 kekosongan.

Taraf Jawatan : Sementara

Syarat Lantikan : Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-

April 26, 2011

Kursus Penyediaan Bun

Kursus ini diadakan pada 25 April 2011 (Selasa). Kursus ini diikuti seramai 14 orang peserta bertempat di Pusat Masakan KEMAS, Rembau.

Inilah hasil kerjasama yang diberikan oleh para peserta.

April 21, 2011

Re Interview Peminjam & Penyewa

Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi. Program Re Interview berjaya dijalankan pada 20 April 2011 bersamaan hari Rabu. Seramai 33 orang termasuk peminjam & penyewa hadir ke PMD Rembau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang hadir pada hari tersebut. Kehadiran anda amatlah kami hargai.


April 19, 2011

Kursus Anjuran SIRIM Negeri Sembilan

Unit Perancang Ekonomi Negeri, Negeri Sembilan dengan kerjasama SIRIM Negeri Sembilan akan mengadakan program-program di bawah tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Kursus Asas Teknologi Pembungkusan dan Perlabelan

Tarikh : 24 Mei 2011 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan SIRIM Negeri Sembilan,
No. 7-2, Senawang Business Park, Negeri Sembilan

Kursus Asas Pensijilan Halal Siri 1/2011

Tarikh : 25 Mei 2011 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan SIRIM Negeri Sembilan,
No. 7-2, Senawang Business Park, Negeri Sembilan

Tempat adalah TERHAD. Tarikh tutup permohonan adalah 02 Mei 2011. Sebarang maklumat lanjut mengenai perkara ini, sila berhubung dengan Pn. Azlina Binti Sharif ditalian 06-679 1511.

April 12, 2011

Jadual Program Latihan 1 Malaysia (April - Jun 2011)

Sebarang pertanyaan berkaitan kursus di atas, sila hubungi Cik Mahaletchumy / Cik Norisikin Bt Abas atau Cik Nor Sarah Edayu Bt Abdu Rahim ditalian 06-685 8672 ext 131 (Pej.) / 06-685 8654 (PSH), 06-685 8698 (Fax) atau hubungi terus En. Jamaluddin Bin Mohd Ali ditalian 012-893 075

April 11, 2011

SPiKE tawar sehingga RM500,00

Tempoh urusan mohon skim pembiayaan disediakan MARA mudah, cepat

Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) yang disediakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) cukup berdaya saing kerana mampu menyediakan pembiayaan sehingga RM500,000 dengan tempoh urusan permohonan serta kelulusan yang mudah dan cepat...

March 18, 2011

Kursus Pendek "Program Latihan 1 Malaysia" anjuran Kolej Komuniti Jelebu




Sebarang maklumat atau pertanyaan boleh menghubungi Cik Haslizawati ditalian 06-6138381 atau 012-3751794.

Syarat Kemasukan Ke UPiM dan KPM