Followers

September 29, 2011

Kemasukan Ke MRSM Ting 4 Tahun 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TING. 4 MRSM TAHUN 2011

A. Syarat2 kelayakan :

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM).

3. Pelajar Bumiputera Ting. 3 di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (Ting. 3 yang sedang menuntut di Sek. Men. Keb.) di Semenanjung Malaysia.

September 25, 2011

Open Office


Bersama Jabatan Penerangan & GiatMARA

September 13, 2011

Permohonan Sijil & Diploma



Institusi Pendidikan MARA (IPMa)




Perancangan Kursus Akhir Tahun

Pejabat MARA Daerah Rembau bercadang untuk mengadakan Kursus Selepas Hari Raya. Kursus ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak KEMAS, Rembau. Kursus yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

KURSUS KUIH MUIH TRADISIONAL
Tarikh : 25 Okt 2011
Bertempat : Pusat Masakan KEMAS, Rembau

KURSUS JAHITAN SENI MANIK
Tarikh : 29 Nov 2011
Bertempat : Bengkel Jahitan KEMAS, Rembau

KURSUS FROZEN FOOD
Tarikh : 28 Dis 2011
Bertempat : Pusat Masakan KEMAS, Rembau

Yuran bagi setiap kursus adalah RM30. Tempat adalah TERHAD kepada 20 orang sahaja. (Tarikh kursus berdasarkan jadual tenaga pengajar & boleh berubah mengikut kesesuaian masa). Sila hubungi 06-685 1354 (Pn. Munira) untuk keterangan lanjut @ datang sendiri ke Pejabat MARA Daerah Rembau untuk mengisi borang permohonan kursus. Segala perubahan tarikh akan dimaklumkan kepada peserta yang berdaftar sahaja.

TQ.

September 08, 2011

RESIPI PERCUMA BULAN INI



KEK ASAM MANIS

BAHAN A:
450gm MENTEGA
150gm GULA HALUS
10 BIJI TELUR GRED A
1 SUDU BESAR OVELETE
1 TIN SUSU MANIS
1 BTL KECIL JEM MIXED FRUIT
1 SUDU KECIL ESEN VANILA

September 05, 2011

Bergasak atas pusara

GEORGETOWN : Ketibaan 1 Syawal sepatutnya menjadi saat untuk bermaaf maafan dan mengeratkan silaturahim, namun lain pula yang terjadi kepada seorang wanita apabila menjadi mangsa belasahan abang kandung.

Lebih memilukan, kejadian itu berlaku di tanah perkuburan di Bayan Lepas, dekat sini, ketika wanita itu menziarahi pusara ibu bapa mereka pada pagi Aidilfitri yang lalu.

MRSM, IKM perintis Tutor iLMS

PUTRAJAYA : Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan satu Institut Kemahiran MARA (IKM) dijadikan perintis pelaksanaan projek 2 - pembelajaran dikenali Tutor Intelligent Learning Management System (Tutor iLMS).

MRSM berkenanaan termasuk Merbok (Kedah), Felda Trolak (Perak), Kota Putra, Besut (Terengganu) dan Pekan (Pahang) serta Sungai Petani (Kedah).