Followers

September 25, 2010

Majlis Perpisahan Pegawai


Kami staf dari PMD Rembau ingin mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Ab. Rahman Bin Aziz, Pegawai MARA Rembau. Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang telah tuan berikan kepada kami. Jasamu tetap kami kenang. Semoga hidup tuan sentiasa dalam keberkatan Allah s.w.t... Amin...

September 24, 2010

Iklan Jawatan Kosong

Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Teknologi maklumat
Kumpulan / Taraf : Sokongan (Tetap)

Syarat-syarat lantikan :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan jawatan ditutup
  • mempunyai Diploma dalam bidang sains komputer @ Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Dan
Lulus Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia @ kelulusan yang diikiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara memohon : Permohonan hendaklah dikemukakan kepada PENGARAH KOLEJ MARA SEREMBAN seperti alamat di bawah dengan mengemukakan butir-butir peribadi (Resume), sekeping gambar ukuran pasport & salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.

Pengarah
Kolej MARA Seremban,
Jalan Aminuddin Baki,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.


Tarikh tutup : 30 Sept 2010

Permohonan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 Tahun 2011

Permohonan terbuka kepada pelajar Ting. 3 yang warganegara Malaysia.
1. Syarat kelayakan :
  • Sekurang-kurangnya mendapat 6A 2B (A dalam Matematik & Sains)
  • Mendapat markah yg tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.
2. Cara memohon nombor pin :
  • Boleh memdapatkan kata laluan (secara percuma) di semua Pej. MARA Negeri, Pej. MARA Daerah & MRSM mulai 27 Sept 2010.
  • Sila bawa salinan Kad Pengenalan, Surat Beranak, Slip Percubaan PMR 2010 yang disahkan benar serta Angka Giliran PMR '10.
3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online & memastikan borang tersebut dihantar secara online.

4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang b erkaitan ke alamat seperti di bawah :-
(Permohonan Ke Tingkatan 4)
Pengarah,
Bahgian Pendidikan Dan Latihan (Menengah),
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.

5. Tarikh tutup permohonan :
  • Tarikh akhir permohonan 21 Okt 2010.
  • Tarikh akhir menghantar cetakan borang & dokumen yg berkaitan selewat-lewatnya pada 26 Okt 2010.
  • Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 Apr 2011 permohonan anda dianggap Tidak Berjaya.

September 08, 2010

IKLAN IKM

Penjualan borang permohonan kemasukan ke IKM akan bermula pada 6 Sept 2010 sehingga 31 Okt 2010.Permohonan melalui online akan dibuka pada 7 Sept 2010.
Melalui laman :-
* Sijil : http://online.mara.gov.my/ikmonline
* Diploma : http://online.mara.gov.my/upimonline
(Bagi pelajar lepasan IKM - Tarikh tutup : 30/11/2010 - Borang khas disediakan)

Sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui :-

HARTINI BINTI MUSTAFFA
Penolong Pengarah (Urusan Pelajar)
Bahgn Pendidikan & Latihan (Kemahiran) MARA
Tel : 03-2691 5111 samb : 3962
Fax : 03-2691 4510