Followers

July 23, 2009

MINAT

  1. Minat terhadap sesuatu, dengan sendirinya membuat kita semangat untuk melakukannya. Kaedah inilah yang diterima pakai dalam kreativiti dan motivasi menjadi seorang usahawan. Kita tidak akan merasa jemu dan letih walaupun ada halangan-halangan anda akan menghadapinya.
  2. Saya pernah bertanya kepada beberapa usahawan kenapa mereka memilih bidang yang mereka ceburi. Ada yang berkata sebab mereka minat dan hendak jadi bos. Tapi ada juga yang kata mereka memilih bidang itu setelah melihat orang lain melakukannya dan berjaya. Ini bukan satu alasan yang baik.
  3. Sebelum memilih apa jua bidang perniagaan, buatlah sedikit muhasabah diri, apakah ianya sesuai dengan diri anda samada bidang itu menimbulkan minat kepada anda, serta fikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang dianggap betul pada anda.
  4. Kalau sesuai dan amat meminatinya, baharulah mulakan langkah-langkah untuk merealisasikannya dibuat, sebaliknya kalau anda belum menjumpai bidang yang anda minati, teruskan mencari.

July 08, 2009

BERHUTANG DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Hutang-piutang merupakan permasalahan mu’amalat dan persoalan fikh yang menjadi beban kepada manusia (yang berkenaan). Di dalam Al-Qur’an terdapat ayat yang menerangkan permasalahan ini iaitu dalam surat Al-Baqarah ayat 282.
  2. Salah satu hadis yang menyebutkan bahwa Rasulullah s.a.w tidak mahu mensolatkan seseorang yang meninggal, yang masih mempunyai tanggungan hutang.
  3. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Maka tulislah …” maksudnya adalah tanda pembayaran untuk mengingat-ingat ketika telah datang waktu pembayarannya kerana adanya kemungkinan lupa dan lalai sehingga menangguhkan waktu pembayaran, disebabkan lupa selalu menjadi kebiasaan manusia, sedangkan setan kadang-kadang mendorongnya untuk ingkar dan beberapa penghalang lainnya, seperti kematian dan yang lainnya. Oleh karena itu, disyari’atkan untuk melakukan pembukuan hutang dan mendatangkan saksi”. [3]

_________

Foot Note. [1]. Ahkamul Qur’an, Ibnul Arabi, Beirut, Darul Ma’rifah, 1/247 [2]. Tafsir Quranil Azhim, 3/316 [3]. Ahkamul Qur’an, Ibnu Katsir, Madinah, Maktabah Jami’ Ulum wal Hikam,1993, 1/247

July 01, 2009

KERJAYA KEUSAHAWANAN

1. Cabaran orang Melayu khasnya Bumiputera, apabila menghadapi masalah sosioekonomi yang timbul daripada sejarah pergolakan politik perdagangan antarabangsa sejak dari dahulu hingga kini menunjukkan pentingnya bidang keusahawanan dalam melahirkan golongan usahawan yang berjaya dan berdayasaing.
2. Usaha ke arah mewujudkan suatu budaya keusahawanan sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilaksanakan dengan terancang kepada bakal usahawan..
3. Usahawan perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Langkah ini penting supaya para bakal usahawan akan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku dalam dunia perniagaan seperti menentukan jenis perniagaan dan sebagainya.

4. Sumber pembiayaan bagi membiayai perniagaan amat diperlukan bagi menambah modal pusingan dan harta. Pembiayaan sama ada dalam bentuk pinjaman daripada institusi kewangan dan sebagainya bagi memastikan sesuatu perniagaan itu dapat berjalan dengan lancar.
5. Memilih lokasi dan tapak perniagaan adalah amat penting kepada para usahawan kerana lokasi yang strategik akan membantu memajukan perniagaan yang diusahakan.
6. Ilmu dan kemahiran juga amat diperlukan dalam sesuatu perniagaan termasuk pengurusan harta, manusia dan sebagainya. Semua elemen penting perniagaan ini berjaya diurus dengan baik, maka perniagaan itu akan dapat dijalankan dengan sempurna.