Followers

October 19, 2011

Manik Berbentuk Piramid # 2


Jahitan ini sesuai dijahit pada hujung lengan, bawah baju dan keliling leher.

*Patern ini mempunyai 5 baris jahitan

Cara-cara menjahit :-

1. Baris pertama
  • Naikkan jarum di atas kain
  • Pastikan jarum berada diatas kain
  • Masukkan 8 biji manik bulat
  • Luruskan dan selarikan manik di atas garisan, turunkan jarum

October 18, 2011

Manik Beriring Single # 1



Manik beriring single ini sesuai dijahit pada bahagian hujung lengan baju, bawah kaki baju, keliling leher atau tengah-tengah belahan baju kebaya. Sesuai juga dijadikan tangkai atau batang bunga pada baju yang coraknya berbunya besar.

October 14, 2011

Kerajaan Keluar Pekeliling Urusan Rasmi Penjawat Awam Mesti Guna Bahasa Kebangsaan

DURIAN TUNGGAL : Semua penjawat awam diwajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran kerajaan termasuk ketika bermesyuarat, surat-menyurat atau seminar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kabinet bersetuju dengan keputusan itu bagi memantapkan peranan bahasa melayu selain memperkasakannya sebagai bahasa ilmu.

"Bagi memastikan arahan itu dipatuhi, Pekeliling Perkhidmatan berkaitan Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan Dalam Perkhidmatan Awam akan dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya ketika melancarkan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat kebangsaan 2011 di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, semalam.

October 10, 2011

Kursus Frozen Food

Pejabat MARA Daerah Rembau bercadang mengadakan Kursus Frozen Food pada 18hb & 25hb Oktober 2011 bertempat di Pusat Masakan KEMAS, Rembau. Untuk makluman, kursus ini terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. Oleh itu, permohonan masih dibuka pada sesiapa yang berminat. Yuran bagi kursus ini adalah RM30. Tempat adalah TERHAD pada 20 orang sahaja. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah menghubungi Pn. Munira ditalian 06-685 1354 @ datang sendiri ke Pejabat MARA Daerah Rembau.


TQ..

October 06, 2011

Iklan Jawatan Kosong

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia Bumiputera yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. Jawatan : Pemandu Kenderaan Gred R3 - Sambilan

2. Syarat Lantikan :-

a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :-