Followers

November 29, 2011

Kolej Poly-Tech MARA

PENGAMBILAN SESI JANUARI 2012 KINI DIBUKA

Bidang-bidang pengajian yang ditawarkan
  • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  • Perniagaan dan Perakaunan
  • Profesional
  • Sains dan Sains Kesihatan
  • Kejuruteraan
  • Sains Sosial dan Kemanusiaan
Kunjungi kampus KPTM berdekatan anda atau mohon segera secara online di www.kptm.edu.my

November 24, 2011

Pelajar MRSM turut terima bantuan RM100

KUALA LUMPUR : Semua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menerima bantuan persekolahan RM100 sebagaimana pelajar sekolah bantuan kerajaan dan swasta seperti diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, bermula Januari depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang kerana peruntukan diumumkan kerajaan itu membabitkan pelajar MRSM.

"Peruntukan itu ada, tetapi disebabkan MRSM hanya mempunyai pelajar peringkat menengah dan tidak mempunyai pelajar peringkat rendah. maka pembayaran itu akan dibuat pada awal Januari.

November 21, 2011

MARA optimis tingkat ekuiti Bumiputera 30 peratus

JOHOR BAHRU : Majlis Amanah Rakyat (MARA) optimis dapat menyumbang kepada peningkatan ekuiti pemilikan Bumiputera kepada sebanyak 30 peratus menjelang 2020 menerusi penganjuran pelbagai program keusahawanan.

Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan MARA, Rosdi Ismail, berkata antara program dilaksanakan termasuk membangunkan modal insan kreatif dan inovatif selain memberi pendedahan dalam pengurusan perniagaan yang berdaya saing serta berdaya maju.

Beliau bagaimanapun berkata, usahawan Bumiputera perlu berusaha mengubah sikap berpuak dan suka berpolitik bagi mengelak ketirisan yang hanya merugikan mereka.

November 17, 2011

Permohonan Kemasukan ke MRSM Ting 1 Tahun 2012

Mulai tahun 2012, kemasukan ke MRSM perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.

A. Syarat-syarat Kemasukan :

B. Cara Memohon Melalui Online :-
  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pej. MARA Negeri, Pej. MARA Daerah @ MRSM yang terdekat pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.

November 14, 2011

Kolej kemahiran tinggi Mara di Rembau berdepan risiko tanah runtuh


REMBAU : Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), di sini berdepan ancaman tanah runtuh yang mungkin boleh membawa kemusnahan besar, apabila tanah cerun berhampiran kolej itu kini sudah menunjukkan tanda-tanda untuk runtuh.

November 10, 2011

IKM-KKTM sasar institusi kemahiran kelas pertama

INSTITUT Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) akan membuat penjenamaan semula untuk mengangkat institusi terbabit sebagai institusi kemahiran kelas pertama sekali gus pengeluar utama tenaga mahir dan profesional di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Abd Rahim Abd Ghani berkata, mengikut penjenamaan semula itu, IKM mampu manarik pelajar lulusan cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di IKM.

Beliau berkata, sebelum ini IKM MARA dilihat sebagai institusi kelas kedua kepada pelajar yang gagah memasuki pusat pengajian tinggi dan politeknik.

Katanya, bagi mencapai hasrat terbabit MARA akan menaja dan memberi peluang kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan dan luar negara.

November 01, 2011

Permohonan Terbuka

Institusi Pendidikan MARA (IPMa) Pengambilan Januari 2012


Tarikh : 28hb & 29hb Nov 2011 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Bertempat : Pejabat MARA Negeri Pahang,
Kompleks MARA, Jalan Gambut
25730 Kuantan, Pahang
No. Tel : 09-514 4044 / 4151

Tarikh : 28hb & 29hb Nov 2011 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 am - 4.30 pm
Bertempat : Pejabat MARA Negeri P. Pinang
Bangunan MARA, No. 33
Jalan Pengkalan Weld
10300 Pulau Pinang
No. Tel : 04-261 2485 / 86