Followers

November 17, 2011

Permohonan Kemasukan ke MRSM Ting 1 Tahun 2012

Mulai tahun 2012, kemasukan ke MRSM perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) tingkatan satu dan temu duga.

A. Syarat-syarat Kemasukan :

B. Cara Memohon Melalui Online :-
  1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pej. MARA Negeri, Pej. MARA Daerah @ MRSM yang terdekat pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2011 diumumkan secara rasmi.
  2. Pemohon hendaklah membawa Salinan Surat Beranak dan Salinan Keputusan UPSR 2011 yang telah disahkan semasa mendapatkan kata laluan.
  3. Pemohon mestilah mengisi semula maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my
  4. Pemohon mestilah memilih MRSM yang dinyatakan mengikut program sebagai pilihan pertama semasa mengisi borang permohonan secara online untuk menduduki ujian dan temu duga.
  5. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan ke alamat di bawah :-
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 KUALA LUMPUR.


C. Tarikh Tutup :-
  1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 30 November 2011.
  2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 5 Disember 2011.

No comments: