Followers

March 22, 2012

1,368 pelajar MRSM dapat semua A

KUALA LUMPUR : Seramai 1,368 pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berjaya memperoleh A bagi semua mata pelajaran pada SPM yang diumumkan, semalam.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad, berkata jumlah itu mencatat peningkatan berbanding 1,249 pelajar yang memperoleh pencapaian sama tahun lalu, manakala Nilai Gred Purata Maktab (GPM) tahun ini lebih baik daripada 1.86 kepada 1.79.

"Secara keseluruhan, pencapaian pelajar adalah cemerlang bukan saja dalam bidang kemahiran dan kemahiran ilmiah. Semoga sistem pendidikan MRSM akan terus relevan dan menjadi penyumbang kepada pembangunan global, berintergriti, berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama," katanya.

Dipetik dari Berita Harian 22/03/2012

Nama baru untuk pegawai tadbir kerja

SHAH ALAM : Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang menubuhkan suruhanjaya khas bagi menyemak semula jawatan pembantu tadbir kakitangan awam seluruh negara.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, suruhanjaya itu akan menjadi medium antara kakitangan awan dan kerajaan bekerjasama bagi membincangkan perkara berkaitan skim dan gred gaji kakitangan kerajaan.

Beliau berkata, jawatan Pembantu Tadbir Awam gred N17 termasuk gred lain juga perlu diselaras semula kerana membabitkan kakitangan yang mempunyai pelbagai kelulusan dan pengalaman.