Followers

December 30, 2009

KURSUS PERHUBUNGAN PELANGGAN & KOMUNIKASI PERNIAGAAN


Kursus ini telah diadakan pada 22hb-24hb Dis '09 yang lalu bertempat di Bilik Kuliah Masjid Jamek An-Nur,Rembau. Kursus ini dapat memberi peluang kepada golongan usahawan,peniaga-peniaga kecil atau mereka yang berniaga secara sambilan terutama sekali yang berhadapan terus dengan pelanggan dalam perniagaan seharian.

Dengan mengikuti kursus ini, para peserta dapat menambah pengetahuan tentang betapa pentingnya peranan pelanggan kepada perniagaan. Tanpa wujudnya pelanggan maka tidak bernyawa sesuatu perniagaan. Disamping itu, membolehkan peserta membina tahap komunikasi yang berkesan supaya matlamat perhubungan pelanggan dan kejurujualan dapat dicapai.

December 28, 2009

KURSUS PASTRI, KEK & BISKUT


Pada 1hb-3hb Dis 2009, PMD Rembau telah membuat Kursus Pastri,Kek & Biskut dimana kursus ini memberi peluang kepada golongan suri rumah, remaja dan para usahawan untuk menambah pendapatan keluarga. Dengan kursus ini, mereka dapat mempelbagaikan teknik dan cara penyediaan kek yang betul dan tepat untuk dikomersialkan.









Dengan mengikuti kursus ini juga, para peserta dapat memupuk gaya hidup sihat dan minat untuk berniaga dengan mempelbagaikan masakan dan hidangan bagi menerima tempahan tanpa mengira musim.

November 18, 2009

KURSUS WESTERN FOOD & FROZEN FOOD


Pada 9hb-13hb Nov 2009 yang lalu, PMD Rembau telah membuat Kursus Western Food & Frozen Food bertempat di Pusat Masakan Kemas Daerah Rembau. Kursus tersebut telah disertai seramai 15 orang peserta.

Dari kursus ini para peserta dapat menambah kemahiran dalam penyediaan makanan barat dan sejuk beku yang seimbang dalam kehidupan seharian. Selain itu, para usahawan juga boleh mengkomersialkan makanan tersebut untuk tujuan penambahan pendapatan keluarga.


November 04, 2009

JAMUAN HARI RAYA


Jamuan Hari Raya & Doa Selamat sempena pemergian Pegawai MARA Daerah ke tanah suci Makkah telah diadakan 16hb Okt 2009. Penyewa-penyewa Arked & Medaniaga Rembau bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara kakitangan MARA Rembau & penyewa-penyewa Arked & Medaniaga sekalian.

KURSUS JAHITAN MANIK


Pada 20 Ogos 2009, kami telah mengadakan Kursus Asas Jahitan Manik kepada para usahawan Daerah Rembau. Di atas permintaan ramai, kami telah membuat Kursus Lanjutan Jahitan Manik ini pada 15 Oct 2009. Seramai 15 orang usahawan telah menyertai kursus ini & tujuannya adalah untuk memberi kemahiran kepada usahawan atau bakal usahawan untuk mendapatkan teknik kemahiran jahitan manik serta mempelbagaikan seni jahitan mereka.

September 28, 2009

Faktor-faktor Kejayaan dalam Keusahawanan:-


• Berpengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi
• Mempunyai keinginan yang kuat untuk berjaya
• Berdisiplin dalam menguruskan perniagaan
• Memberi tumpuan dalam perniagaan
• Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap
• Membentuk jaringan perniagaan yang luas

September 10, 2009

Zakat Perniagaan

i. Kegiatan urus niaga atau jualbeli bukan hanya sekadar untuk mendapatkan keuntungan semata-mata, tetapi perlulah kepada kebajikan dan kepentingan para pengguna jua. Dalam Islam, adapun urusniaga dan jual beli merupakan fardu Kifayah iaitu tanggungjawab bersama oleh masyarakat Islam. Fardu Ain nya pula menjadi tanggungjawab individu seandainya urusan berjual-beli itu sebagai nafkah hidup diri sendiri dan keluarga.

ii. Muamalah perniagaan dan berjual beli yang halal, boleh menperolihi keuntungan dan meningkatkan asset/harta yang diredhai Allah. Amalan ini boleh menyalurkan hubungan antara manusia dengan Allah melalui zakat perniagaan yang telah menjadi salah satu daripada rukun Islam.

iii. Sehubungan dengan itu, sekiranya telah memperolihi tahap wajib berzakat, maka mereka diwajib melaksanakanya sebagai ahli perniagaan dan pengusaha yang berjaya.

August 28, 2009

Kehebatan Babi H1N1

  • Babi, tidak seperti haiwan peliharaan ternakan manusia (bukan Islam), yang memiliki kemampuan berfikir yang unik. Babi dapat memecahkan suatu persoalan dengan cara memikirkannya terus menerus, bukan dengan fikiran sekilas.
  • Dari hasil penelitian itu pula ditemukan bahawa, apa yang dikerjakan oleh anjing atau lain-lainya, akan dapat juga dikerjakan oleh babi, dan biasanya dalam waktu yang lebih singkat.

Nota: Pencarian oleh para Ilmuan.

August 05, 2009

Mengapa Usahawan Gagal?


1. Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Sasar yang ditetapkan gagal dicapai..
2. Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod aliran wang keluar dan masuk dengan tepat dan cekap
3. Dokumen urusniaga lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat seterusnya merugikan perniagaan.
4. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui kritiviti produk dan perkhidmatan.
5. Strategi pemasaran yang tidak berkesan, bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada.
6. Pekerja tidak cekap dan tidak amanah serta tidak berkemahiran dan sikap yang betul.
7. Kemahiran usahawan terhad dalam satu bidang sahaja, perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.
8. Lokasi premis perniagaan tidak sesuai atau tidak strategik.
9. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan yang berpengalaman.
10. Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat.
11. Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang.
12. Tiada sistem mengurus akaun yang efisien yang menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan atau kelemahan sebenar perniagaan pada peringkat awal.
13. Tiada penyambung kejayaan, perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia *tiada kesinambungan; dan
14. Sikap negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

July 23, 2009

MINAT

  1. Minat terhadap sesuatu, dengan sendirinya membuat kita semangat untuk melakukannya. Kaedah inilah yang diterima pakai dalam kreativiti dan motivasi menjadi seorang usahawan. Kita tidak akan merasa jemu dan letih walaupun ada halangan-halangan anda akan menghadapinya.
  2. Saya pernah bertanya kepada beberapa usahawan kenapa mereka memilih bidang yang mereka ceburi. Ada yang berkata sebab mereka minat dan hendak jadi bos. Tapi ada juga yang kata mereka memilih bidang itu setelah melihat orang lain melakukannya dan berjaya. Ini bukan satu alasan yang baik.
  3. Sebelum memilih apa jua bidang perniagaan, buatlah sedikit muhasabah diri, apakah ianya sesuai dengan diri anda samada bidang itu menimbulkan minat kepada anda, serta fikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang dianggap betul pada anda.
  4. Kalau sesuai dan amat meminatinya, baharulah mulakan langkah-langkah untuk merealisasikannya dibuat, sebaliknya kalau anda belum menjumpai bidang yang anda minati, teruskan mencari.

July 08, 2009

BERHUTANG DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Hutang-piutang merupakan permasalahan mu’amalat dan persoalan fikh yang menjadi beban kepada manusia (yang berkenaan). Di dalam Al-Qur’an terdapat ayat yang menerangkan permasalahan ini iaitu dalam surat Al-Baqarah ayat 282.
  2. Salah satu hadis yang menyebutkan bahwa Rasulullah s.a.w tidak mahu mensolatkan seseorang yang meninggal, yang masih mempunyai tanggungan hutang.
  3. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Maka tulislah …” maksudnya adalah tanda pembayaran untuk mengingat-ingat ketika telah datang waktu pembayarannya kerana adanya kemungkinan lupa dan lalai sehingga menangguhkan waktu pembayaran, disebabkan lupa selalu menjadi kebiasaan manusia, sedangkan setan kadang-kadang mendorongnya untuk ingkar dan beberapa penghalang lainnya, seperti kematian dan yang lainnya. Oleh karena itu, disyari’atkan untuk melakukan pembukuan hutang dan mendatangkan saksi”. [3]

_________

Foot Note. [1]. Ahkamul Qur’an, Ibnul Arabi, Beirut, Darul Ma’rifah, 1/247 [2]. Tafsir Quranil Azhim, 3/316 [3]. Ahkamul Qur’an, Ibnu Katsir, Madinah, Maktabah Jami’ Ulum wal Hikam,1993, 1/247

July 01, 2009

KERJAYA KEUSAHAWANAN

1. Cabaran orang Melayu khasnya Bumiputera, apabila menghadapi masalah sosioekonomi yang timbul daripada sejarah pergolakan politik perdagangan antarabangsa sejak dari dahulu hingga kini menunjukkan pentingnya bidang keusahawanan dalam melahirkan golongan usahawan yang berjaya dan berdayasaing.
2. Usaha ke arah mewujudkan suatu budaya keusahawanan sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilaksanakan dengan terancang kepada bakal usahawan..
3. Usahawan perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Langkah ini penting supaya para bakal usahawan akan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku dalam dunia perniagaan seperti menentukan jenis perniagaan dan sebagainya.

4. Sumber pembiayaan bagi membiayai perniagaan amat diperlukan bagi menambah modal pusingan dan harta. Pembiayaan sama ada dalam bentuk pinjaman daripada institusi kewangan dan sebagainya bagi memastikan sesuatu perniagaan itu dapat berjalan dengan lancar.
5. Memilih lokasi dan tapak perniagaan adalah amat penting kepada para usahawan kerana lokasi yang strategik akan membantu memajukan perniagaan yang diusahakan.
6. Ilmu dan kemahiran juga amat diperlukan dalam sesuatu perniagaan termasuk pengurusan harta, manusia dan sebagainya. Semua elemen penting perniagaan ini berjaya diurus dengan baik, maka perniagaan itu akan dapat dijalankan dengan sempurna.

June 30, 2009

ILMU DALAM PERNIAGAAN

1. Usahawan perlu mempunyai tujuan dan perancangan memandangkan perancangan merupakan pokok kepada sistem pengurusan.
2. Idea, fikiran dan daya intelek yang ada pada seseorang itu boleh menentukan tujuan dan perancangan.Bagi seorang usahawan yang mempunyai daya fikir yang baik, kebiasaannya ia akan merancang dan menganalisis tentang apa yang dibuat, sumber kewangan, penilaian terhadap prospek perniagaan pekerja dan latihan pekerja serta lain-lain aspek seperti pengeluaran, kawalan kualiti, nilai cairan, kos analisis, penyimpanan rekod, pemasaran dan sebagainya.
3. Sifat-sifat usahawan tersebut amat digalakkan malah menjadikan satu tanggungjawab dan fungsi usahawan untuk memajukan dan meningkatkan diri dan juga perlu ada dalam usaha untuk meningkatkan keberkesananya. Malah sekiranya sifat-sifat tersebut kurang atau tidak didapati, maka mereka (usahawan tersebut) perlu mencari dan menambah ilmu pengetahuan.


“Ya Tuhanku, tambahlah kepadaku ilmu pengetahuan” (Taha 20:114)

June 26, 2009

BELIA DAN KEMAHIRAN KEARAH KEUSAHAWANAN

(Sempena Hari Belia Negara 2009)

1. Belia wajar melengkapkan diri dengan memiliki kemahiran yang tinggi, berketrampilan, di samping bersahsiah terpuji demi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan bangsa, juga negara.

2. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang perlu bagi membolehkan mereka menghadapi halangan dan menyesuaikan diri dengan pembangunan ekonomi yang pesat selari dengan era globalisasi.

3. Salah satu strategi utama ialah pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negara dan bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan, kepakaran,dan kemahiran yang tinggi.

4. Belia perlu memperkasakan diri serta tenaga muda mereka bersandarkan tiga paksi utama iaitu kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan (3K) bagi membangunkan negara. Usaha itu perlu dilakukan dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui ´Learning through experience´ ataupun belajar melalui pengalaman dan ‘learning through observation’.

5. Beberapa agensi kerajaan (seperti Jabatan Belia, Giatmara, ILP dan IKBN ) dan pihak swasta juga diharapkan turut serta bekerjasama di dalam melaksanakan program-program yang bertujuan melatih semula pekerja bagi menambahkan kemahiran yang sedia ada disamping meningkatkan keupayaan dan daya saing mereka serta sebagai permulaan ke arah keusahawanan. Keusahawanan yang dimaksudkan ialah dimana belia bukan sahaja mampu memberikan pekerjaan kepada dirinya sendiri malahan secara tidak langsung turut berupaya mewujudkan peluang pekerjaan.

June 12, 2009

PEMBANGUNAN SEMULA GERAI BUMIPUTERA LOTTEN (LOT 10)

1. Gerai LOTTEN (seperti gambar sebelah), merupakan gerai perniagaan Bumiputera yang terdiri 10 unit bangunan kayu yang telah usang yang terletak di satu kawasan yang amat strategik di tengah-tengah Pekan Rembau.
2. Bangunan perniagaan ini dibina sejak tahun 1971 (38 tahun yang lalu) dengan kemudahan pinjaman MARA sebanyak RM5,000.00 seorang oleh 10 orang peniaga/usahawan Bumiputera di atas tanah lot milik kerajaan (TOL).
3. Mereka menjalankan berbagai jenis perniagaan di antaranya kedai makan, kedai barang runcit, kedai jahitan pakaian dan fabrik, produk kesihatan/MLM dan sebagainya.
4. Perancangan dan pembangunan semula perlu dilaksanakan dengan segera oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ke atas LOTTEN ini iaitu dengan membina kompleks perniagaan Bumiputera yang serba moden dimana akan menjadi mercu tanda Pekan Rembau.

June 11, 2009

BAYARAN BALIK PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

1. Jumlah peminjam dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang gagal melunaskan pinjaman kini berada pada tahap membimbangkan.
2. Secara tidak langsung, banyak urusan permohonan baru tergendala kerana ia lewat diproses dan diluluskan akibat kerenah peminjam terdahulu.
3. Sepatutnya, apabila sudah mendapat pinjaman, kenalah bayar balik secara bersistematik. Kebanyakan yang gagal membayar pinjaman terdiri daripada peniaga yang sudah berjaya dan ada juga sengaja buat sambil lewa.
4. Bagi peminjam MARA di daerah Rembau, baki pinjaman telah meningkat kepada RM 4,724,514.00 untuk 121 peminjam dengan tunggakan semasa RM 1,059,713.19 (22.43%). Angka ini amat mendukacitakan.
5. MARA telah melaksanakan berbagai-bagai kaedah dan cara pendekatan untuk menarik pelangganya agar menjelaskan baki pinjaman mereka.
6. Sehubungan dengan itu MARA merayu agar setiap peminjam menjelaskan tunggakan / baki pinjaman mereka sepertimana yang telah dijadualkan. Insyaalah

June 10, 2009

PEMBANGUNAN USAHAWAN IBS & HARDWARE BUMIPUTERA

OBJEKTIF

Memastikan penyertaan Bumiputera dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS) di peringkat nasional untuk menjana daya saing kearah keberkesanan matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) menjelang 2010.

KUMPULAN SASAR

1. Pengeluar-pengeluar komponen binaan kontraktor pemasang (installer), pembekal, kedai hardware, perunding binaan dan perkhidmatan penyewaan jentera/mesin Bumiputera untuk dibangunkan (groom big) ke satu kelas dan piawaian yang ditetapkan;
2. Mewujudkan peluang perniagaan baru kepada individu-individu yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan untuk dibangunkan.

PAKEJ PEMBIAYAAN & KEMUDAHAN DISEDIAKAN

o Latihan keusahawanan, pendedahan dan pemantapan perniagaan;
o Pakej pembiayaan usahawan baru & groom big;
o Bantuan khidmat pakarunding (persijilan produk);
o Pemasaran dan promosi produk;
o Bantuan pembangunan produk.

KELAYAKAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN / KEMUDAHAN

o Warganegara / Bumiputera;
o Berumur 21 – 60 tahun;
o Melepasi tapisan kredit Jabatan Insolvensi Negara dan tiada kesalahan undang-undang / jenayah;
o Syarikat milikan tunggal/perkongsian/Sdn Bhd bertaraf Bumiputera;
o Mempunyai pengalaman/pengetahuan yang berkaitan;
o Mengemukakan cagaran/jaminan yang diperlukan;
o Menyediakan sumbangan modal sendiri sekurang-kurangnya 10% dari kos projek; dan
o Lain-lain syarat mengekut keperluan.

Keterangan lanjut sila hubungi Pejabat MARA Daerah Rembau (Tel. No: 06-6851354) atau terus kepada Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan, Tingkat 22 & 23 Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur. (Tel: 03 2690 3930; Faks: 03 2698 8397)

June 03, 2009

PENDAHULUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

  1. Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA sebanyak RM1,500.00 yang ditangguhkan pengeluarannya telah dibuka semula sebagaimana biasa kepada pelajar yang memenuhi syarat bagi mengikuti program peringkat diploma dan ijazah di IPTS.
  2. Memandangkan peruntukan adalah terhad, maka keutamaan kepada pelajar-pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah sahaja yang akan dipertimbangkan kelulusanya.
  3. Sila kemukakan permohonan dengan menggunakan borang khas (diberikan percuma).
  4. Keterangan lanjut sila hubungi Pejabat MARA Daerah Rembau (Tel. No: 06-6851354 / Cik Siti Sarah)

May 27, 2009

KEKOSONGAN PREMIS PERNIAGAAN MARA

Kepada usahawan bumiputera yang berminat untuk mengisi kekosongan premis perniagaan MARA, iaitu 2 lot di Aked Sri Kendong (seperti gambar sebelah) dan 1 lot di Bazar Chembong, Rembau:-

  1. Sila kemukakan permohonan dengan menggunakan borang khas (diberikan percuma).
  2. Tarikh tutup permohonan pada 29 Mei 2009;
  3. Keterangan lanjut sila hubungi Pejabat MARA Daerah Rembau (Tel. No: 06-6851354 / Cik Siti Sarah)

May 20, 2009

PROGRAM PERANTISAN GIATMARA MALAYSIA

  1. Program Perantisan Khas GIATMARA adalah berasaskan komuniti bagi belia-belia/pelajar yang tercicir dari sistem persekolahan.
  2. Mereka yang berjaya untuk mengikuti program ini akan ditempatkan di entiti perniagaan/perusahaan untuk mengikuti latihan kemahiran dalam tempoh 6 bulan.
  3. GIATMARA Malaysia bertanggungjawab membayar elaun RM200.00 kepada setiap perantis dan RM200.00 bayaran insentif kepada entiti perniagaan/perusahaan.
  4. Syarat-syarat asas penyertaan peserta ialah bersatatus Bumiputera dan berumur 15 – 20 tahun.
  5. Untuk keterangan lanjut sila hubungi GIATMARA Rembau Tel. No: 06-438 2024 / Encik Shahril

KURSUS ASAS PERNIAGAAN MARA

  1. MARA Negeri Sembilan akan menjalankan Kursus Asas Perniagaan berikutan terdapat permintaan dan desakan dari para usahawan dan bakal usahawan.
  2. Memandangkan tiada budget yang disalurkan maka perbelanjaan kursus tersebut akan menggunakan yuran penyertaan peserta sepenuhnya. Yuran Penyertaan ialah sebanyak RM 200.00 dan dibayar di PUSMA Negeri Sembilan.
  3. Sekiranya terdapat usahawan di daerah Rembau yang berminat untuk menyertainya maka adalah diminta supaya menghubungi terus PUSMA Negeri Sembilan (Tel. No: 06-7626088 / Encik Wan Roslan) untuk maklumat lanjut.

May 14, 2009


May 13, 2009

May 08, 2009

ANTARA PENYEWA-PENYEWA DI ARKED MARA REMBAU

ANA COMNET
BIJAN ENTERPRISE
MAWAR DE RENJIS
( ANDAMAN PENGANTIN )
BEE SEVEN
( BUNDLE )
WARISAN ZAIFIQ
( DOUBLE A )
POLIKLINIK HIDAYAH






March 27, 2009

Kursus Asas Perniagaan MARA

AKTIVITI-AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN
DI PEJABAT MARA DAERAH REMBAU

March 10, 2009

Selamat datang ke Pejabat MARA Daerah Rembau...


laman blog kami sedang dalam proses kemaskini. segala komen dan cadangan yang memberangsangkan akan diterima dengan hati terbuka...