Followers

August 05, 2009

Mengapa Usahawan Gagal?


1. Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Sasar yang ditetapkan gagal dicapai..
2. Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod aliran wang keluar dan masuk dengan tepat dan cekap
3. Dokumen urusniaga lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat seterusnya merugikan perniagaan.
4. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui kritiviti produk dan perkhidmatan.
5. Strategi pemasaran yang tidak berkesan, bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada.
6. Pekerja tidak cekap dan tidak amanah serta tidak berkemahiran dan sikap yang betul.
7. Kemahiran usahawan terhad dalam satu bidang sahaja, perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.
8. Lokasi premis perniagaan tidak sesuai atau tidak strategik.
9. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan yang berpengalaman.
10. Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat.
11. Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang.
12. Tiada sistem mengurus akaun yang efisien yang menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan atau kelemahan sebenar perniagaan pada peringkat awal.
13. Tiada penyambung kejayaan, perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia *tiada kesinambungan; dan
14. Sikap negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

No comments: