Followers

November 10, 2010

Roadshow Usahawan Bistari 2010

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan Johor Corporation akan menganjurkan Program Usahawan Bistari 2010 pada 20hb - 21hb Nov 2010 (Sabtu & Ahad) di Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Selangor.

2. Sasaran peserta adalah terdiri daripada usahawan, pelajar Institut Pengajian Tinggi / Kolej, Pusat Kemahiran, suri rumah dan ibu tunggal, pengawai kerajaan dan agensi-agensinya, swasta, ahli-ahli NGO serta masyarakat umum. Penyertaan seminar adalah PERCUMA.

3. Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi Cik Nursalimah Sabtu di talian 07-222 1767 / 68 / 69 / 70. Juga boleh menghubungi melalui email sall@ippj.com.my.

November 08, 2010

Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2011

Tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Pada tahun yang sama akan dilaksanakan juga program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.

1. Syarat-syarat kemasukan ke MRSM
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang menuntut di Sek. Kebangsaan & Sek. Rendah Kebangsaan.
  • Memperolehi keputusan 5A dalam UPSR Tahun 2010.
2. Syarat-syarat kemasukan ke MRSM (Agama) Ulul Albab
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera yang menuntut di Sek. Kebangsaan @ Sek. Rendah Agama Negeri @ Sek. Rendah Agama Rakyat.
  • Memperolehi keputusan 5A dalam UPSR Tahun 2010.
  • Berkebolehan membaca Al-Quran.
3. Syarat-syarat kemasukan Program Cambridge IGCSE MRSM
  • Warganegara Malaysia
  • Memperolehi keputusan 5A dalam UPSR Tahun 2010.
  • Berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
4. Cara memohon secara ONLINE
  • Boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pej. MARA Negeri, Pej. MARA Daerah @ MRSM yang berdekatan .
  • Pemohon hendaklah membawa Salinan Kad Pengenalan, Salinan Surat Beranak, Salinan Keputusan UPSR & No. Angka Giliran.
  • Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan di alamat :-
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,Bahagian Pendidikan dan latihan (Menengah),Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,21, Jalan Raja Laut,50609 Kuala Lumpur.

5. Tarikh tutup permohonan
  • Tarikh akhir permohonan online pada 30 Nov 2010.
  • Tarikh akhir menghantar cetakan permohonan pada 3 Dis 2010.

November 04, 2010

GIATMARA Rembau

PENGAMBILAN SESI JAN 2011
  • Terbuka kepada lelaki dan wanita ( tiada had umur )
  • Kursus Jahitan Pakaian selama 6 bulan.
  • Elaun disediakan sebanyak RM1,200.00
Untuk keterangan lanjut sila hubungi 06-438 2024 atau datang terus ke GIATMARA Rembau.

November 02, 2010

Kursus Untuk Bulan November & Disember

Kursus akan dibuat di 2 tempat iaitu di PUSMA Negeri, Negeri Sembilan dan di Hotel. Antara kursus yang akan diadakan adalah seperti berikut :-

DIPUSMA

1. Kursus Kemahiran Teknikal Telefon Bimbit

Tarikh : 22-26 Nov 2010
Tempat : PUSMA NS
Yuran : RM 100.00

2. Kursus Promosi Berkesan Melalui Laman Web

Tarikh : 29,30 Nov - 2 Dis 2010
Tempat : PUSMA NS
Yuran : RM 100.00

3. Kursus Kemahiran Perancangan Kewangan

Tarikh : 2-5 Dis 2010
Tempat : PUSMA NS
Yuran : RM 100.00

DI HOTEL

1. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modul 1

Tarikh : 25-30 Nov 2010
Tempat : GSV, Port Dickson
Yuran : RM 200.00

2. Kursus Penyediaan Rancangan Perniagaan Strategik

Tarikh : 28 Nov-3 Dis 2010
Tempat : GSV, Port Dickson
Yuran : RM 100.00

3. Latihan Pembentukan Usahawan (LPU) Modul 2

Tarikh : 4-9 Dis 2010
Tempat : GSV, Port Dickson
Yuran : Tiada (Peserta yang sama dari LPU 1)

4. Seminar Susulan LPU / PUTEK

Tarikh : 13-14 Dis 2010
Tempat : GSV, Port Dickson
Yuran : RM 30.00

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 06-685 1354 atau datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau.

KKTM Ledang, Johor