Followers

January 31, 2011

Karnival Pendidikan MARA 2011

Kursus Asas Perniagaan

Kursus Asas Perniagaan akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh : 21 - 25 Feb 2011
Tempat : PUSMA, NS
Yuran : RM200.00

Yuran hendaklah dibayar kepada PUSMA terus. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi 06-762 6088 (Pn. Anne @ Cik Hidayah) atau boleh datang terus ke PUSMA, Negeri Sembilan, Aras 3, Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.

January 28, 2011

Kalendar latihan 2011

Februari

7 - 11 Teknologi Kemasiapan Perabot Kayu (Asas) RM800.00
7 - 11 Teknologi Pembuatan Hiasan Dalaman (Sofa Rumah) RM900.00

Mac

7 - 11 Interpretasi Lukisan Rekabentuk Perabot RM800.00
7 - 11 Teknologi Kemasiapan Perabot Kayu (Lanjutan) RM800.00
14 - 18 Teknologi Produk Berasaskan Aluminium (Dinding Sesekat & Siling) RM1,200.00

April

11 - 15 Teknologi Komputer Dalam Rekabentuk Perabot (AutoCAD Asas) RM900.00
11 - 15 Teknologi pembuatan Dan Pemasangan Kabinet Dapur (Panel) RM1,000.00
18 - 22 Teknologi Pembuatan Upholsteri / Hiasan Dalaman (Pejabat) RM900.00
18 - 22 Teknologi Dan Operasi Mesin-Mesin Perabot RM900.00

Mei

9 - 13 Teknologi Komputer Dalam Rekabentuk Perabot (AutoCAD Lanjutan) RM900.00
9 - 13 Teknologi Produk Berasaskan Aluminium (Sliding Door & Window) RM1,200.00
23 - 27 Teknologi Kemasiapan Perabot Kayu (Asas) RM800.00

Jun

6 - 10 Interpretasi Lukisan Rekabentuk Perabot RM800.00
20 - 24 Teknologi Pembuatan Kabinet Dapur (Solid) RM1,000.00
20 - 24 Teknologi Pembuatan Upholsteri / Hiasan Dalaman (Kusyen Kereta) RM900.00

Julai

4 - 8 Teknologi Kemasiapan Perabot Kayu (Lanjutan) RM800.00
4 - 8 Teknologi Komputer Dalam Rekabentuk Perabot (AutoCAD Asas) RM900.00
18 - 22 Teknologi Produk Berasaskan Aluminium (Casement Window) RM1,200.00

September

19 - 23 Teknologi komputer Dalam Rekabentuk Perabot (AutoCAD Lanjutan) RM900.00
19 - 23 Teknologi Pembuatan Kabinet Dapur (Solid) RM1,000.00
26 - 30 Teknologi Produk Berasaskan Aluminium (Shopfront & Swing Door) RM1,200.00

Oktober

3 - 7 Teknologi Pembuatan Hiasan Dalaman (Sofa Rumah) RM900.00
3 - 7 Tekonologi Kemasiapan Perabot Kayu (Asas) RM800.00

November

14 - 18 Teknologi Kemasiapan Perabot Kayu (Lanjutan) RM800.00
21 - 25 Teknologi Pembuatan Kabinet Dapur (Panel) RM1,000.00
21 - 25 Teknologi Produk Berasaskan Aluminium (Roller Shutter) RM 1,200.00

Sebarang pertanyaan sila hubungi (603) 6187 6195 / 6187 6196 @ datang sendiri ke
F.I.T Centre Sdn Bhd (FITEC)
Off KM 13, Jalan Batu Caves,
68100 Kuala Lumpur
sabri@fitec.com.my;
roslan@fitec.com.my

January 24, 2011

January 19, 2011

Kemasukan Ke MRSM Ting 1 & Ting 4

Bermula 21hb Januari 2011 (Jumaat), pemohon atau ibu bapa bolehlah melayari laman web www.mara.gov.my untuk menyemak senarai nama pelajar-pelajar yang berjaya.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi pihak kami ditalian 06-685 1354 atau datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau atau di mana-mana pejabat MARA yang berdekatan dengan anda.

Sekian, terima kasih.

January 13, 2011

MARA, UNIK lahir usahawan Bumiputera

PUTRAJAYA : Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Unit Inovasi Khas (UNIK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dan kerjasama strategik bagi melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera berdaya saing dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.....

MARA perjelas pengambilan pelajar MRSM

Merujuk aduan 'bapa yang menunggu rayuan, Jitra, Kedah' dalam ruangan ini bertarikh 18 Disember lalu.

Dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berprinsipkan persetujuan bersama MARA dengan Kementerian Pelajaran bagi mewujudkan persaingan sihat dan peluang sama rata kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memenuhi syarat.

Jika pelajar sudah memohon bagi kemasukan ke MRSM, dimaklumkan bahawa semakan kemasukan ke Tingkatan Satu MRSM dijangka dapat dibuat pada akhir Januari ini. Sila layari portal MARA di www.mara.gov.my

Sementara itu, MARA juga merujuk aduan 'mangsa kolej, Kuala Lumpur' pada 23 Disember lalu. Proses pemulaan baki pinjaman perlu melalui pelbagai tapisan kerana membabitkan penyelarasan kewangan MARA dan kolej.
Dipetik dari Berita Harian 12/01/2011

January 12, 2011

MARA taja 25,000 pelajar bidang sains, matematik

BANGI : Seramai 25,000 pelajar akan ditaja Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam pelbagai bidang terutama sains dan matematik dalam usaha melahirkan lebih ramai Bumiputera yang cemerlang, termasuk profesional dan usahawan pada tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata daripada jumlah itu, MARA menyasarkan untuk menghasilkan termasuk 10,000 profesional, 500 orang pemimpin perniagaan dan awam, 500 orang teknoprenur serta 4,000 pelajar cemerlang.

Beliau berkata, ia sebahagian pelan perancangan pembangunan modal insan Bumiputera dengan bidang sains dan matematik akan diberi keutamaan semula.

"Tahun ini, saya ingin pastikan MARA menjadi peneraju pembangunan modal insan. Walaupun ia bidang utama MARA sejak dulu, ia perlu diperluaskan supaya dapat melahirkan modal insan yang benar-benar berkualiti," katanya pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan bulanan kementerian di sini, semalam.

Selain sektor pendidikan dan latihan kemahiran, Mohd Shafie turut menegaskan MARA perlu memperbaiki tiga lagi sektor utamanya iaitu keusahawanan, pelaburan dan pengurusan.
Dalam sektor keusahawanan, beliau mahu MARA mengkaji pelaksanaan program peruncitan Bumiputera seperti mengadakan kerjasama dengan syarikat pasar raya mega termasuk Giant, Tesco dan Mydin.

"MARA juga perlu melakukan transformasi menjurus ke arah status Bumiputera berpendapatan tinggi. Sektor keusahawanan sebenarnya menjadi tunjang utama dalam membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera dan perlu difokuskan kepada dua asas utama iaitu memperkasakan budaya usahawan dalam MARA dan penciptaan serta pembudayaan dan penjanaan jenama MARA," katanya.

Beliau berkata, MARA juga harus mewujudkan sektor pelaburan dengan mencari dan merangka pendekatan strategik dalam usaha mempertingkatkan penyertaan Bumiputera dalam bidang berkenaan.

"Kegagalan MARA merancang akan menyebabkan kaum Bumiputera menerima kesannya dan akan ketinggalan berbanding kaum lain," katanya.

Mengenai RISDA dan FELCRA, Mohd Shafie berkata, dua agensi berkenaan perlu memantapkan sistem penyampaian kepada pekebun kecil melalui beberapa usaha seperti pelaksanaan e-Tanam semula untuk mempercepatkan kelulusan Bantuan Tanam Semula, Semaian Transit dan Stor Pusat Baja bagi membekalkan benih dan baja berkualiti yang mencukupi pada masa ditetapkan.
Dipetik dari Berita Harian 11/01/2011

January 11, 2011

Kursus Kolej Komuniti Sepanjang Tahun 2011

Kolej Komuniti Rembau (KKRB) adalah sebuah kolej di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Ia telah ditubuhkan dengan tujuan untuk menyediakan kursus formal lepasan SPM dan program-program pembelajaran sepanjang hayat bagi masyarakat di Daerah Rembau.

Terdapat lebih 50 Kursus yang akan diadakan di Kolej Komuniti Rembau.
Jika berminat untuk mengikuti kursus di atas bolehlah menghubungi pihak Kolej Komuniti Rembau ditalian 06-685 8672 atau datang terus ke
Kolej Komuniti Rembau
Lot PT 2565-2579, Taman Pinggiran Pedas
71400 Pedas, N.S.D.K.

Borang pemohonan juga boleh didapati di Pejabat MARA Daerah Rembau.

January 07, 2011

Kekosongan Premis MARA

Kekosongan lot kedai di Premis MARA Arked Sri Kendong (6 Lot):-

*Sila kemukakan borang permohonan yang boleh didapati di mana-mana Pejabat MARA yang berdekatan.

*Tarikh tutup permohonan sebelum atau
pada 13hb Jan 2011 ( Khamis ).
  • Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami ditalian 06-685 1354 atau datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau.

January 04, 2011

Kursus Bahasa Mandarin

Kursus ini akan bermula pada 25hb Januari 2011 (Selasa) dan akan dijalankan setiap hari selasa dan khamis selama 3 bulan. Tempoh pembelajaran ini mengambil masa selama 40 jam. Kursus ini diberi keutamaan kepada semua usahawan yang telah berniaga lebih setahun dan yang berminat untuk mengikuti kursus ini.
Butir-butir nya adalah seperti berikut :-

Masa : 8.00 malam - 10.00 malam
Yuran pendaftaran : RM 10.00 (terhad kpd 15 orang peserta shj)
Bertempat di : Bilik Mesyuarat PMD Rembau
Berumur antara 20 - 60 tahun sahaja

Kepada sesiapa yang berminat silalah membuat bayaran di Pejabat MARA daerah Rembau sebelum @ pada 21/01/2011. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi 06-685 1354 (Pn. Munira Binti Mustapha)