PUTRAJAYA : Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Unit Inovasi Khas (UNIK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dan kerjasama strategik bagi melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera berdaya saing dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.....
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerjasama antara MARA dan UNIK itu penting bagi memastikan usahawan Bumiputera sentiasa berdaya saing, selari dengan perkembangan sains dan teknologi dari segi pembungkusan, penjenamaan, pemasaran dan kualiti produk.
"Inovasi satu langkah penting bagi memastikan produk usahawan Bumiputera bukan saja dapat kekal di pasaran, malah mampu menjimatkan kos pengeluaran.
"Justeru, kita mahu memberi peluang dan membantu lebih ramai usahawan Bumiputera berminat menyertai program in." katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU serta kerjasama strategik antara MARA yang diwakili Ketua Pengarahnya, Ibrahim Ahmad dan UNIK yang diwakili Ketua Pengawal Eksekutifnya, Datuk Dr Kamal Jit Singh, di sini semalam.
Hadir sama, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik dan Pengerusi MARA, Datuk Seri Idris Jusoh.
MoU berkenaan membolehkan MARA dan UNIK bekerjasama dan memberi khidmat nasihat kepada usahawan Bumiputera bagi meningkatkan kualiti, inovasi, pemindahan teknologi, pembungkusan, pemasaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memastikan produk keluaran mereka mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Sementara itu, Mohd Shafie berkata, pelancaran 19 lagi projek baru dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan nilai pelaburan RM67 bilion dilihat mampu meletakkan Malaysia di landasan betul untuk menjadi negara maju menjelang 2020.
"Ia bukan hanya sekadar angan-angan Mat Jenin, sebaliknya ETP adalah kerangka yang boleh membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mampu merealisasikan matlamat menjadikan Malaysia negara maju, menjelang 2020,"katanya.
Katanya, kerajaan melaksanakan ETP bukan kerana mahu mencari populariti seperti propaganda pembangkang dam Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih pemerintahan negara selepas pilihan raya umum ke-13, kelak.
Sebaliknya, Mohd Shafie berkata, kerajaan BN membuat perancangan ETP berteraskan keupayaan negara dari segi kedudukan kewangan dan kemampuan sebenar sumber manusia di sektor awam dan swasta.
"Kita harus menghitung semua aspek dan ini berbeza dengan pembangkang yang hanya melontarkan idea untuk mencari populariti tetapi tidak membuahkan hasil dan merugikan kerajaan dalam tempoh jangka panjang,"katanya.
Dipetik dari Berita Harian 12/01/2011

2 comments:
food & beverages marketing consultant(rembau enterpreuneurs)......call us
Sila PM kan no. contack di fb kami. Jika ada yang berkaitan kami akan call. TQ
Post a Comment