Followers

June 30, 2009

ILMU DALAM PERNIAGAAN

1. Usahawan perlu mempunyai tujuan dan perancangan memandangkan perancangan merupakan pokok kepada sistem pengurusan.
2. Idea, fikiran dan daya intelek yang ada pada seseorang itu boleh menentukan tujuan dan perancangan.Bagi seorang usahawan yang mempunyai daya fikir yang baik, kebiasaannya ia akan merancang dan menganalisis tentang apa yang dibuat, sumber kewangan, penilaian terhadap prospek perniagaan pekerja dan latihan pekerja serta lain-lain aspek seperti pengeluaran, kawalan kualiti, nilai cairan, kos analisis, penyimpanan rekod, pemasaran dan sebagainya.
3. Sifat-sifat usahawan tersebut amat digalakkan malah menjadikan satu tanggungjawab dan fungsi usahawan untuk memajukan dan meningkatkan diri dan juga perlu ada dalam usaha untuk meningkatkan keberkesananya. Malah sekiranya sifat-sifat tersebut kurang atau tidak didapati, maka mereka (usahawan tersebut) perlu mencari dan menambah ilmu pengetahuan.


“Ya Tuhanku, tambahlah kepadaku ilmu pengetahuan” (Taha 20:114)

June 26, 2009

BELIA DAN KEMAHIRAN KEARAH KEUSAHAWANAN

(Sempena Hari Belia Negara 2009)

1. Belia wajar melengkapkan diri dengan memiliki kemahiran yang tinggi, berketrampilan, di samping bersahsiah terpuji demi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan bangsa, juga negara.

2. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang perlu bagi membolehkan mereka menghadapi halangan dan menyesuaikan diri dengan pembangunan ekonomi yang pesat selari dengan era globalisasi.

3. Salah satu strategi utama ialah pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negara dan bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan, kepakaran,dan kemahiran yang tinggi.

4. Belia perlu memperkasakan diri serta tenaga muda mereka bersandarkan tiga paksi utama iaitu kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan (3K) bagi membangunkan negara. Usaha itu perlu dilakukan dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui ´Learning through experience´ ataupun belajar melalui pengalaman dan ‘learning through observation’.

5. Beberapa agensi kerajaan (seperti Jabatan Belia, Giatmara, ILP dan IKBN ) dan pihak swasta juga diharapkan turut serta bekerjasama di dalam melaksanakan program-program yang bertujuan melatih semula pekerja bagi menambahkan kemahiran yang sedia ada disamping meningkatkan keupayaan dan daya saing mereka serta sebagai permulaan ke arah keusahawanan. Keusahawanan yang dimaksudkan ialah dimana belia bukan sahaja mampu memberikan pekerjaan kepada dirinya sendiri malahan secara tidak langsung turut berupaya mewujudkan peluang pekerjaan.

June 12, 2009

PEMBANGUNAN SEMULA GERAI BUMIPUTERA LOTTEN (LOT 10)

1. Gerai LOTTEN (seperti gambar sebelah), merupakan gerai perniagaan Bumiputera yang terdiri 10 unit bangunan kayu yang telah usang yang terletak di satu kawasan yang amat strategik di tengah-tengah Pekan Rembau.
2. Bangunan perniagaan ini dibina sejak tahun 1971 (38 tahun yang lalu) dengan kemudahan pinjaman MARA sebanyak RM5,000.00 seorang oleh 10 orang peniaga/usahawan Bumiputera di atas tanah lot milik kerajaan (TOL).
3. Mereka menjalankan berbagai jenis perniagaan di antaranya kedai makan, kedai barang runcit, kedai jahitan pakaian dan fabrik, produk kesihatan/MLM dan sebagainya.
4. Perancangan dan pembangunan semula perlu dilaksanakan dengan segera oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ke atas LOTTEN ini iaitu dengan membina kompleks perniagaan Bumiputera yang serba moden dimana akan menjadi mercu tanda Pekan Rembau.

June 11, 2009

BAYARAN BALIK PINJAMAN PERNIAGAAN MARA

1. Jumlah peminjam dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang gagal melunaskan pinjaman kini berada pada tahap membimbangkan.
2. Secara tidak langsung, banyak urusan permohonan baru tergendala kerana ia lewat diproses dan diluluskan akibat kerenah peminjam terdahulu.
3. Sepatutnya, apabila sudah mendapat pinjaman, kenalah bayar balik secara bersistematik. Kebanyakan yang gagal membayar pinjaman terdiri daripada peniaga yang sudah berjaya dan ada juga sengaja buat sambil lewa.
4. Bagi peminjam MARA di daerah Rembau, baki pinjaman telah meningkat kepada RM 4,724,514.00 untuk 121 peminjam dengan tunggakan semasa RM 1,059,713.19 (22.43%). Angka ini amat mendukacitakan.
5. MARA telah melaksanakan berbagai-bagai kaedah dan cara pendekatan untuk menarik pelangganya agar menjelaskan baki pinjaman mereka.
6. Sehubungan dengan itu MARA merayu agar setiap peminjam menjelaskan tunggakan / baki pinjaman mereka sepertimana yang telah dijadualkan. Insyaalah

June 10, 2009

PEMBANGUNAN USAHAWAN IBS & HARDWARE BUMIPUTERA

OBJEKTIF

Memastikan penyertaan Bumiputera dalam Sistem Binaan Berindustri (IBS) di peringkat nasional untuk menjana daya saing kearah keberkesanan matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) menjelang 2010.

KUMPULAN SASAR

1. Pengeluar-pengeluar komponen binaan kontraktor pemasang (installer), pembekal, kedai hardware, perunding binaan dan perkhidmatan penyewaan jentera/mesin Bumiputera untuk dibangunkan (groom big) ke satu kelas dan piawaian yang ditetapkan;
2. Mewujudkan peluang perniagaan baru kepada individu-individu yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan untuk dibangunkan.

PAKEJ PEMBIAYAAN & KEMUDAHAN DISEDIAKAN

o Latihan keusahawanan, pendedahan dan pemantapan perniagaan;
o Pakej pembiayaan usahawan baru & groom big;
o Bantuan khidmat pakarunding (persijilan produk);
o Pemasaran dan promosi produk;
o Bantuan pembangunan produk.

KELAYAKAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN / KEMUDAHAN

o Warganegara / Bumiputera;
o Berumur 21 – 60 tahun;
o Melepasi tapisan kredit Jabatan Insolvensi Negara dan tiada kesalahan undang-undang / jenayah;
o Syarikat milikan tunggal/perkongsian/Sdn Bhd bertaraf Bumiputera;
o Mempunyai pengalaman/pengetahuan yang berkaitan;
o Mengemukakan cagaran/jaminan yang diperlukan;
o Menyediakan sumbangan modal sendiri sekurang-kurangnya 10% dari kos projek; dan
o Lain-lain syarat mengekut keperluan.

Keterangan lanjut sila hubungi Pejabat MARA Daerah Rembau (Tel. No: 06-6851354) atau terus kepada Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Usahawan, Tingkat 22 & 23 Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan Raja Laut, 50609 Kuala Lumpur. (Tel: 03 2690 3930; Faks: 03 2698 8397)

June 03, 2009

PENDAHULUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

  1. Pendahuluan Pinjaman Pelajaran MARA sebanyak RM1,500.00 yang ditangguhkan pengeluarannya telah dibuka semula sebagaimana biasa kepada pelajar yang memenuhi syarat bagi mengikuti program peringkat diploma dan ijazah di IPTS.
  2. Memandangkan peruntukan adalah terhad, maka keutamaan kepada pelajar-pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah sahaja yang akan dipertimbangkan kelulusanya.
  3. Sila kemukakan permohonan dengan menggunakan borang khas (diberikan percuma).
  4. Keterangan lanjut sila hubungi Pejabat MARA Daerah Rembau (Tel. No: 06-6851354 / Cik Siti Sarah)