Followers

October 28, 2010

Kursus Jangka Pendek

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Jangka Pendek, kerjasama antara Pejabat MARA Daerah Rembau, GiatMARA Rembau dan Kolej Komuniti Masyarakat Rembau bolehlah menghubungi kami ditalian 06-685 1354 atau datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau.
Antara pilihan kursus yang disediakan seperti berikut :-

1. GiatMARA
  • Jahitan Manik (terhad kepada 15 peserta)
  • Sulaman Mesin atau Ayak (terhad kepada 6 peserta)
2. Kolej Komuniti Masyarakat
  • Simen Fero
  • Penternakan Ikan Keli
  • Masakan
  • Pelancongan
  • Jahitan
  • Pertanian / Agro
  • Automotif
  • Pelukis Pelan
  • Bakeri dan Pastri
  • Bahasa Inggeris
  • Landskap
  • Kimpalan
  • Keusahawanan
  • Komputer
  • Dandanan dan Solekan
Bayaran RM 5.00 - RM 20.00 mengikut pilihan kursus. Manakala tempat kursus akan ditentukan oleh tenaga pengajar.

October 18, 2010

Kursus Anjuran MARA

BENGKEL HALATUJU PERNIAGAAN PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERSAMA SHUZAM SDN BHD

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh la membuat bayaran selewat-lewat nya esok di semua Pejabat MARA yang berdekatan dengan anda.

Tarikh : 21hb Oktober 2010
Masa : 9.00 pg - 12.30 tgh
Tempat : Bilik Kuliah PUSMA,
Aras 3, Bangunan Seremban Plaza
Yuran : RM 10.00

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 06-762 6088
atau datang terus ke Pusat Usahawan MARA
Aras 3, Bangunan Seremban Plaza

October 12, 2010

Kekosongan Di Arked MARA Sri Kendong

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan di premis Arked MARA Sri Kendong ( 5 Lot ):-

  • Sila kemukakan permohonan dengan menggunakan borang khas yang boleh didapati di mana-mana pejabat MARA yang berdekatan.
  • Keterangan lanjut sila hubungi 06-685 3154 atau boleh datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau.