Followers

July 22, 2010

Institut Kemahiran MARA

Permohonan Ke Institut Kemahiran MARA adalah terbuka sepanjang tahun. Sebarang permohonan boleh dibuat melalui online http://www.mara.gov.my

July 16, 2010

PMD REMBAU - JASAMU DIKENANG

1. Sukacita dimaklumkan bahawa saya Haji Ab. Rahman bin Haji Aziz, Pegawai MARA Daerah Rembau akan mula bercuti pada 19 Julai 2010 hingga 24 September, 2010 dan seterusnya bersara wajib (58), Insyaallah.
2. Dikesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan saya di MARA (terutamanya daerah Rembau)terdapat tingkah laku dan tutur kata saya yang tidak menyenangkan atau menyinggung perasaan sama ada dalam urusan menjalankan tugas atau di luar urusan resmi.
3. Segala kerjasama dan sokongan dari semua peringkat pelanggan sama ada anggota kerajaan, swasta dan juga orang awam kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya di MARA dan daerah Rembau umumnya amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

July 12, 2010

KURSUS JANGKA PENDEK

Kolej Komuniti Rembau menjadi sebuah pusat pendidikan yang cemerlang dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan insan berketrampilan, bersahsiah, berkualiti, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI~ Mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan.
OBJEKTIF
  • Memberi pendidikan dan latihan secara formal dan tidak formal.
  • Membuat kajian mengenai keperluan semasa masyarakat.
  • Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan kerjaya pada masyarakat.
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti.
  • Membentuk rangkaian kerjasama antara KKR dan pihak-pihak berkaitan bagi mendapatkan kepakaran dan kemudahan yang diperlukan.

CARA PERMOHONAN

Pemohon yang berminat bolehlah menghubungi Pengarah Kolej Komuniti Rembau atau Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Rembau

Pengarah
Kolej Komuniti Rembau
Lot PT 2565-2579,
Taman Pinggiran Pedas,
71400 Pedas, Negeri Sembilan.
06-6858 672 (Pej.)
06-6858 698 (F)

July 08, 2010

KEJOHANAN SUKAN 4 PENJURU

MRSM Kuala Klawang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan 4 Penjuru yang telah berlangsung pada 3 Julai 2010 (Sabtu). Sukan ini disertai oleh peserta dari MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, PMN Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan permuafakatan antara setiap peserta dari setiap agensi kerajaan yang terlibat. Antara sukan yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah seperti Bola Jaring, Bola Sepak, Badminton, Ping Pong dan Petanque.



- Pemain Bola Jaring







- Pemain Bola Sepak




Dari sukan ini juga, kita dapat melihat penglibatan semua para peserta dari setiap agensi. Diharap sukan seperti ini, dapat dijalankan pada setiap tahun dengan melibatkan lebih banyak agensi kerajaan yang lain di Negeri Sembilan.