Followers

April 25, 2012

Manifesto khas untuk Kelantan


TUMPAT : Barisan Nasional (BN) akan menyediakan manifesto pilihan raya khas untuk Kelantan, yang mengandungi janji 'hitam putih' bakal dikotakan jika negeri ini diterajui kembali BN, kata Tan Sri MuhyiddinYassin.


Timbalan Perdana Menteri berkata, manifesto itu akan diperincikan dengan mengambil kira semua kehendak rakyat Kelantan, yang gagal dilaksanakan PAS sejak memerintah negeri ini pada 1990.

"Kita akan bincang setiap perkara (untuk dimasukkan dalam manifesto). Manifesto ini secara hitam putihnya yang akan BN laksanakan bila menang di Kelantan.

April 06, 2012

Pelajar Orang Asli azam ubah nasib


KUALA PILAH : Keinginan untuk mengubah nasib keluarga mendorong seorang pelajar Orang Asli di Tanjung Ipoh dekat sini, belajar bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Shahrulazri Sibok, 18, yang memperoleh 10A, mahu membawa keluarganya keluar dari belenggu kemiskinan memandangkan bapanya, Sibok Kasin, 42, hanya bekerja penoreh getah.

Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, dia sudah bersedia menyambung pelajaran dengan memohon tempat di beberapa universiti tempatan dan program matrikulasi.

April 03, 2012

Periksa sendiri kenaikan gaji ikut SSM

KUALA LUMPUR : Penjawat awam perlu mengambil inisiatif sendiri memeriksa kenaikan gaji masing-masing mengikut jadual kenaikan gaji baru di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi memastikan mereka menerima kenaikan sepatutnya.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, menyarankan supaya semua penjawat membaca dan memahami Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru itu sebelum menandatangani apa-apa persetujuan.

"Ini kerana sebelum ini banyak masalah timbul selepas menandatangani disebabkan penjawat awam sendiri tidak memahami kenaikan gred dan berharap ia tidak akan berlaku selepas ini.