Followers

February 17, 2011

Kekosongan premis MARA

Premis MARA di Arked Sri Kendong

Kekosongan lot kedai di Premis MARA Arked Sri Kendong (4 lot = Tingkat atas)

Jika berminat untuk menyewa di premis ini boleh dapatkan borang permohonan secara percuma di Pejabat MARA Daerah Rembau @ boleh hubungi terus kami ditalian 06-685 1354. Tiada tarikh tutup permohonan.

February 16, 2011

Perlu lulus ujian psikometri

Berkuatkuasa 1 Januari 2011 ini, MARA hanya akan meluluskan pinjaman perniagaannya kepada pemohon yang lulus ujian psikometri.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata langkah yang dimulakan secara percubaan sejak bulan lalu itu bagi memastikan pinjaman agensi itu hanya disalurkan kepada mereka yang benar-benar mempunyai sifat keusahawan yang tinggi.

Justeru, tegasnya, bermula tahun depan penilaian pemohon pinjaman tidak lagi bergantung semata-mata kepada kertas kerja perniagaan tapi akan turut dinilai dari segi sikap, daya saing dan kemahiran menjayakan perniagaan.....

MARA tunggu perbincangan antara Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Mesir

Keadaan di sekitar penempatan pelajar Malaysia, Universiti Iskandariah dan Universiti Al-Azhar di Iskandariah kini tenang, tetapi masa yang sesuai untuk pelajar Malaysia kembali ke kota pesisir pantai itu belum diputuskan.

Pegawai MARA Mesir, Mhd Idris Masior, berkata kedudukan kira-kira 800 pelajar Malaysia tajaan MARA itu akan diputuskan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.

"Program pengajian membabitkan pelajar Malaysia itu ialah program kerjasama antara dua kementerian terbabit....

February 14, 2011

February 11, 2011

MAINS sedia aktiviti manfaat pelajar

SEREMBAN : Kerajaan negeri meminta semua pelajar dari negeri ini yang kembali ke Mesir mendaftar dengan 'Sekretariat Timur Tengah' kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) supaya mereka dapat menggunakan masa lapang sekarang secara bermanfaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sekretariat yang ditubuhkan empat tahun lalu akan menyediakan aktiviti sementara menunggu keadaan di Mesir kembali aman dan mereka dapat kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, antara aktiviti dirancang ialah mengadakan kuliah khas di Masjid Negeri serta meminta mereka menjadi sukarelawan MAINS......

February 09, 2011

Padah hutang MARA

KOTA BHARU : Nasib seorang penuntut Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) terumbang-ambing apabila tidak dapat meneruskan pengajian pada semester dua yang sepatutnya bermula 14 Januari lalu, apabila keputusan peperiksaannya digantung kerana bapanya pernah berhutang dengan MARA.

Mohd Asraf Samsudin, 22, tidak dibenar meneruskan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Pembangunan walaupun memperoleh Gred Purata Kumulatif (CGPA) 3.45.

"Saya memulakan pengajian di kampus Kulim, Kedah dan UNIKL memberi jaminan mendapat kemudahan pinjaman MARA sebelum permohonan itu diluluskan....

February 04, 2011

Pelajar NS, Kedah Selamat

SEREMBAN 3 Feb, Sebanyak 70 pelajar dari negeri ini yang berada di Kaherah, Mesir telah dibawa keluar ke Jeddah hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, para pelajar berkenaan dibawa dengan penerbangan ke Jeddah tengah hari ini sebelum menyambung perjalanan balik ke Malaysia.
Beliau berkata, para pelajar lain akan dibawa keluar dari negara yang bergolak itu esok.

"Para pelajar yang belajar di Mansoura, Ziqgaziq, Tonta dan Iskandariah akan dibawa keluar dengan kapal melalui Pelabuhan Iskandariah.....

February 02, 2011

2,393 mangsa di Gemas dipindahkan

Gemas : Seramai 2,393 mangsa banjir membabitkan 572 keluarga dipindahkan ke 25 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri ini. semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata bilangan mangsa banjir meningkat berbanding kelmarin berikutan banjir di Johor.

Katanya, walaupun kerajaan negeri pada 2006 membesarkan sungai bagi memudahkan air sungai mengalir, faktor banjir di kawasan Johor menyebabkan negeri ini yang bersempadan negeri itu turut mengalami banjir.

"Kejadian ini di luar kemampuan kita, namun saya bersyukur kerana setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku," katanya selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman di sini, semalam.
Dipetik dari Berita Harian 02/02/2011