Followers

February 16, 2011

Perlu lulus ujian psikometri

Berkuatkuasa 1 Januari 2011 ini, MARA hanya akan meluluskan pinjaman perniagaannya kepada pemohon yang lulus ujian psikometri.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata langkah yang dimulakan secara percubaan sejak bulan lalu itu bagi memastikan pinjaman agensi itu hanya disalurkan kepada mereka yang benar-benar mempunyai sifat keusahawan yang tinggi.

Justeru, tegasnya, bermula tahun depan penilaian pemohon pinjaman tidak lagi bergantung semata-mata kepada kertas kerja perniagaan tapi akan turut dinilai dari segi sikap, daya saing dan kemahiran menjayakan perniagaan.....

"Ia bagi memastikan kami hanya memberikan pinjaman kepada mereka yang msmpu membayar balik dan kerana itu walaupun pemohon membawa kertas kerja yang baik, tetapi tiada sifat keusahawan yang kami mehukan maka pinjaman mereka munkin tidak akan diluluskan.

"Ujian ini diperkenalkan bertujuan mewujudkan usahawan dengan ciri-ciri keusahawanan yang tinggi, berday saing dan berani mengambil risiko. Menerusinya kami berharap dapat mengukur tahap keusahawanan mereka,"katanya selepas pelancaran penjenamaan semula Medan Selera Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pengarah MARA Wilayah Persekutuan, Roslan Abdul Ghani.

MARA membelanjakan RM190,000 untuk pengubah suai lapan lot perniagaan di Medan Selera Rakyat, Medan MARA khusus bagi mewujudkan ruang makan lebih santai, selesa dan menepati cita rasa golongan pekerja disekitarnya.

Idris berkata, walaupun peruntukan yang disediakan MARA untuk pinjaman pembangunan usahawan tahun depan tidak besar iaitu kira-kira RM150 juta, namun ia dijangka dapat memberikan manfaat kepada kumpulan sasar yang benar-benar berdaya maju.

Katanya, dengan purata pinjaman sekitar RM50,000 bagi setiap pemohon, MARA yakin mampu mengagihkannya dengan saksama kepada usahawan Buniputra dui semua sektor, selain pertanian.
Dipetik dari Berita Harian 28/12/2010

No comments: