Followers

February 04, 2011

Pelajar NS, Kedah Selamat

SEREMBAN 3 Feb, Sebanyak 70 pelajar dari negeri ini yang berada di Kaherah, Mesir telah dibawa keluar ke Jeddah hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, para pelajar berkenaan dibawa dengan penerbangan ke Jeddah tengah hari ini sebelum menyambung perjalanan balik ke Malaysia.
Beliau berkata, para pelajar lain akan dibawa keluar dari negara yang bergolak itu esok.

"Para pelajar yang belajar di Mansoura, Ziqgaziq, Tonta dan Iskandariah akan dibawa keluar dengan kapal melalui Pelabuhan Iskandariah.....

"Semua pelajar anak Negeri Sembilan berada dalam keadaan sihat dan selamat," katanya disini hari ini.

Sehingga kini, sebanyak 75 peratus daripada 216 pelajar negeri ini tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, melanjutkan pengajian di Mesir dengan mengikuti jurusan pengajian Islam di Universiti Kaherah, Universiti Ain Syams dan Maahad Qirad Shoubra serta Universiti Al Azhar.
Sementara itu, Pengarah Yayasan Islam Negeri Kedah, Abdul Rahman Islam berkata, sebahagian daripada 800 pelajar dari Kedah yang menuntut di Mesir diarah berpindah ke Asrama Darulaman, sementara pulang ke tanah air.

"Sebanyak 600 pelajar lagi yang tinggal di Asrama Melayu di Abassiyah dan rumah-rumah sewa sekitar sudah diarah berkumpul di Asrama Darulaman sementara menunggu masa untuk dibawa pulang ke tanah air," katanya dalam laman web Warta Darul Aman di http://wartakedah.net semalam.

Menurut Abdul Rahman, yayasan itu telah membuka Bilik Gerakan pada 31 Januari lalu yang beroperasi 24 jam bagi memantau keselamatan pelajar menerusi pegawai-pegawai yang berada di Mesir.
Dipetik dari Utusan Malaysia 04/02/2011

No comments: