Followers

February 11, 2011

MAINS sedia aktiviti manfaat pelajar

SEREMBAN : Kerajaan negeri meminta semua pelajar dari negeri ini yang kembali ke Mesir mendaftar dengan 'Sekretariat Timur Tengah' kelolaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) supaya mereka dapat menggunakan masa lapang sekarang secara bermanfaat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata sekretariat yang ditubuhkan empat tahun lalu akan menyediakan aktiviti sementara menunggu keadaan di Mesir kembali aman dan mereka dapat kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, antara aktiviti dirancang ialah mengadakan kuliah khas di Masjid Negeri serta meminta mereka menjadi sukarelawan MAINS......

"Kita akan membantu mereka meneruskan pengajian dalam subjek tertentu. MAINS tidak menghadapai masalah menyediakan pensyarah berkelayakan dan berpengalaman.

"Pelajar yang menjadi sukarelawan pula akan membantu program kemasyarakatan dan diberi elaun," katanya ketika menyambut ketibaan kumpulan ketiga pelajar Negeri Sembilan dari Jeddah di sini.
Dipetik dari Berita Harian 11/02/2011

No comments: