Followers

February 24, 2012

PM umum keputusan penting

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan satu keputusan penting dalam tempoh terdekat, yang disifatkan CUEPACS memberi keadilan kepada kira-kira 1.4 juta kakitangan awam, termasuk berkaitan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini menimbulkan kontroversi.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata perkara itu dinyatakan Perdana Menteri dalam pertemuan selama 45 minit dengan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan, di Pejabat Perdana Menteri di sini, petang semalam.

February 23, 2012

MARA salur RM50 juta dana UK

MARA yang menubuhkan dana Usahawan Kecil (UK) Dinamik dengan dana RM50 juta, sudah menyalurkan RM15 juta kepada lebih 1,000 usahawan kecil dan penjaja untuk mengembangkan perniagaan, sejak tiga bulan lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata dana RM50 juta itu dijangka dapat memberi manfaat kepada sejumlah 10,000 usahawan kecil terutama di kawasan luar bandar di seluruh negara.

Katanya, ia adalah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penjaja dan peniaga kecil Bumiputera.

PPKM tersinggung kenyataan KUPEKMAS

KUALA LUMPUR : Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) semalam menyuarakan rasa tersinggung terhadap kenyataan Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) berhubung tiada badan khas yang menjaga kebajikan kira-kira 500,000 pesara.

Presidennya, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh, berkata PPKM sebenarnya sudah lebih 40 tahun membela nasib kira-kira 600,000 pesara sejak 1972 dan sudah banyak membantu memperjuangkan hak mereka seperti pengiraan pencen mengikut formula berasaskan kepada tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara berkuat kuasa 1 Januari 2009.

February 21, 2012

Pesara kerajaan dinasihatkan sertai Kupekmas


PUTRAJAYA 20 Feb. - Bekas kakitangan awam dinasihatkan tidak melepaskan peluang menyertai Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (Kupekmas) agar kebajikan mereka dapat terus dipelihara.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Abdul Rahman Manan berkata, penyertaan dalam Kupekmas juga secara tidak langsung dapat mengekalkan hubungan yang harmoni antara kelab dengan kerajaan.

"Pihak kelab akan berusaha mendapatkan peruntukan dan dana daripada kerajaan untuk memberi faedah kebajikan seperti sakit kritikal, kemalangan serius yang dialami oleh ahli dan keluarga peserta.

Kekal tarikh tunggakan gaji SBPA

PUTRAJAYA 20 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap mahukan tarikh tunggakan gaji mengikut Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kekal pada 1 Januari lalu, seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berpendirian tarikh penguatkuasaan gaji SBPA perlu dikekalkan walaupun pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk semakan semula.

"Kalau berlaku perubahan tarikh nanti, ini bermakna opsyen sebelum 30 Disember termasuk selepas 15 Januari seperti yang ditetapkan sebelum ini, tidak akan diterima.

February 20, 2012

KWSP umum dividen tertinggi 6 peratus

KUALA LUMPUR 19 Feb. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan pemberian kadar dividen sebanyak enam peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Kadar dividen tersebut meningkat sebanyak 20 mata asas berbanding 5.8 peratus yang dibayar pada 2010 atau bersamaan RM24.47 bilion yang akan diagihkan kepada ahli KWSP.

Pengerusinya, Tani Sri Samsudin Osman berkata, walaupun persekitaran pelaburan yang mencabar pada tahun lalu, namun, KWSP masih berjaya mencatatkan prestasi yang baik.

SBPA : Khabar gembira atau sebaliknya dijangka diketahui Rabu ini

KUALA TERENGGANU 19 Feb. - Keputusan sama ada tuntutan penambahbaikan sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi khabar gembira kepada seluruh penjawat awam atau sebaliknya dijangka diketahui Rabu ini.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, pada hari tersebut, pihaknya akan membentangkan hasil bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA kongres itu kepada Jawatankuasa Penambahbaikan SBPA yang ditubuhkan kerajaan.

February 15, 2012

5 tuntutan CUEPACS perlu diberi pertimbangan

PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversiisu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

February 10, 2012

Menara Mara bakal jadi tarikan penggemar fesyen

KUALA LUMPUR 9 Feb. - Menara MARA setinggi 33 tingkat di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini yang akan memulakan operasinya Mei ini bakal menjadi tumpuan penggemar fesyen tempatan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, tarikan utama yang disediakan di menara itu adalah pusat fesyen dinamakan Busana yang menawarkan pelbagai rekaan oleh anak tempatan.

"Pusat fesyen yang meliputi lima tingkat di menara itu menawarkan antaranya koleksi eksklusif barangan kemas, koleksi fesyen eksklusif dari butik-butik tempatan yang terbaik, produk batik dan butik pakaian muslimah dengan harga berpatutan.

Kursus GiatMara dinilai semula

Raub 9 Feb. - Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menilai semula kursus dan latihan yang ditawarkan oleh Pusat GiatMARA bagi memastikan ia kekal relevan dengan kehendak industri.

Pengerusinya, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, jawatankuasa itu terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam bidang berkenaan merangkumi wakil pihak industri, golongan profesional dan ahli akademik.

Katanya, latihan dan kursus yang ditawarkan oleh GiatMARA perlu dinilai semula kerana institusi latihan itu kini sudah berusia 25 tahun.

Kekal syarat pinjaman asal

Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk kelayakan permohonan pinjaman perlu berdasarkan pendapatan bersih dijangka memberi kesan tidak langsung kepada penjawat awam.

Presiden kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, garis panduan berkenaan dijangka memberi kesan baik kepada penjawat awam untuk jangka masa panjang, namun dalam masa yang sama ia boleh memberi tekanan sekiranya ada di kalangan mereka yang benar-benar memerlukan pinjaman.

February 09, 2012

CUEPACS bentang kertas cadangan SBPA 22 Februari

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dijadual membentangkan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada mesyuarat ketiga pasukan itu dijadualkan 22 Februari ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata kertas cadangan sengan komprehensif itu yang disediakan Jawatankuasa Bertindak SBPA yang diwujudkan khas oleh CUEPACS, dijangka siap sepenuhnya sebelum tarikh mesyuarat berkenaan.

February 08, 2012

Kursus bersama GIATMARA












Gambar selanjutnya boleh singgah ke FB PMD Rembau

Fokus SPNB berubah

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) mengkaji reka bentuk Rumah Mesra Rakyat (RMR), yang akan memberi fokus kepada keperluan rumah bagi mereka yang berpendapatan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.

Pengarah Urusannya, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, RMR bentuk baru itu mungkin diberi nama Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), seperti yang diumumkan Pengerusinya, Datuk Idris Haron.

Buat masa ini, SPNB masih dalam rundingan dengan tiga kerajaan negeri untuk memulakan skim RMR1M dan dilancarkan pada suku kedua tahun ini jika tiada sebarang halangan.

CUEPACS tak diajak semak semula SBPA

PUTRAJAYA : CUEPACS belum menerima sebarang jemputan rasmi untuk tiga anggota kanannya menganggotai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sebelum ini mendapat persetujuan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hasan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata beliau tidak akan menyertai mesyuarat pasukan petugas khas itu yang akan diadakan petang ini sekiranya surat rasmi berkenaan tidak dikeluarkan hari ini.

"Bagaimana mereka mahu menyertai pasukan petugas khas ini jika masih belum menerima surat rasmi. Saya diberitahu ia masih dalam proses untuk disiapkan tetapi tidak tahu bila kami akan terima.

February 02, 2012

CUEPACS gesa mesyuarat semakan SBPA lebih kerap

KUALA LUMPUR : CUEPACS menggesa pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditubuhkan bulan lalu supaya mengadakan mesyuaratnya lebih kerap bagi mempercepatkan proses penambahbaikan skim itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman mencadangkan pasukan petugas itu bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali sebulan dan bukannya sebulan sekali seperti sekarang, supaya keseluruhan semakan dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan, walaupun kerajaan menetapkan tiga bulan.

Omar berkata, beliau akan membawa cadangan itu pada mesyuarat pasukan petugas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhimatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, yang dijadualkan 8 Februari ini di Putrajaya.

Sasar 20 negara inovatif terbaik

MALAYSIA menyasarkan untuk disenaraikan antara 20 negara inovatif terbaik dalam bidang reka bentuk bagi tempoh 10 tahun akan datang menerusi inisiatif anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Pusat Pembangunan Reka Bentuk Sdn Bhd (DDEC).

Pengerusinya, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tempoh terbabit ialah sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI), namun pihaknya akan berusaha meletakkan Malaysia dalam senarai berkenaan untuk tempoh lebih awal daripada jangkaan.