Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) mengkaji reka bentuk Rumah Mesra Rakyat (RMR), yang akan memberi fokus kepada keperluan rumah bagi mereka yang berpendapatan antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan.
Pengarah Urusannya, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, RMR bentuk baru itu mungkin diberi nama Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), seperti yang diumumkan Pengerusinya, Datuk Idris Haron.
Buat masa ini, SPNB masih dalam rundingan dengan tiga kerajaan negeri untuk memulakan skim RMR1M dan dilancarkan pada suku kedua tahun ini jika tiada sebarang halangan.
Beliau berkata, jika fasa pertama di tiga negeri yang belum dapat diumumkan itu mendapat sambutan, SPNB akan meperluas skim itu ke seluruh negara.
"Kami bercadang membangunkan program RMR1M ini dengan kerjasama kerajaan negeri seperti yang diumumkan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
"Beliau (Ahmad Husni) meminta kerajaan negeri menjalin usaha sama dengan SPNB untuk membina rumah yang mampu dimiliki rakyat,: katanya.
Dr Kamarul berkata SPNB tidak lagi mengendalikan projek membangunkan Rumah Mampu Milik (RMM) memandangkan kebanyakan projek RMM disepadukan menerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
"Lebih baik jika PR1MA bersama dengan pemaju swasta lain menawarkan RMM di pasaran memandangkan ia terus perniagaan mereka.
"Sejajar itu, SPNB tidak lagi memberi tumpuan mendalam terhadap penyediaan RMM bagi rakyat Malaysia," katanya.
Beliau berkata, konsep rumah mampu milik ini diterjemahkan SPNB melalui program RMR1M, yang masih mengekalkan syarat seperti RMM iaitu untuk golongan berpendapatan daripada RM1,500 dan RM3,000 sebulan.
Mengulas perubahan fokus SPNB dalam menyediakan RMM, beliau berkata, syarikat itu mempunyai tanggungjawab sosial yang besar dan tidak melihat keuntungan sebagai indeks petunjuk prestasinya.
Dr Kamarul berkata, indeks petunjuk prestasi SPNB ialah penyampaian bilangan rumah yang mampu disediakan syarikat itu pada satu-satu masa.
"Pelaksanaan RMM di bawah SPNB ini bukannya tidak berdaya maju dan bukan sebab tiada permintaan, memandangkan dari segi dimensi perniagaan SPNB, ia tidak sesuai untuk melaksanakan program RMM.
"SPNB lebih sesuai untuk melaksanakan program RMR memandangkan kami mengutamakan peyampaian berbanding keuntungan," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata SPNB ialah organisasi yang menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan dalam membangunkan RMM.
Sehingga akhir tahun 2011, SPNB berjaya menyiapkan 2,500 unit RMR di seluruh negara, dan sebanyak 3,333 unit RMM berjaya memperoleh sijil layak memduduki.
Dipetik dari Harian Metro 07/02/2012

No comments:
Post a Comment