Followers

February 08, 2012

CUEPACS tak diajak semak semula SBPA

PUTRAJAYA : CUEPACS belum menerima sebarang jemputan rasmi untuk tiga anggota kanannya menganggotai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sebelum ini mendapat persetujuan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hasan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata beliau tidak akan menyertai mesyuarat pasukan petugas khas itu yang akan diadakan petang ini sekiranya surat rasmi berkenaan tidak dikeluarkan hari ini.

"Bagaimana mereka mahu menyertai pasukan petugas khas ini jika masih belum menerima surat rasmi. Saya diberitahu ia masih dalam proses untuk disiapkan tetapi tidak tahu bila kami akan terima.

"Saya akan pergi mesyuarat itu esok tetapi jika tiga lagi anggota tidak dapat memasuki mesyuarat itu, saya juga tidak akan menyertainya," katanya di sini, semalam.

Minggu lalu, Mohd Sidek berkata, Kerajaan sedia melantik tiga lagi pemimpin kanan CUEPACS menganggotai pasukan petugas khas itu.

Sebelum itu, CUEPACS menegaskan tidak akan menyertai pasukan petugas khas itu sekiranya tiga lagi pemimpin kanannya tidak dibenarkan menganggotai pasukan itu.

Tiga anggota kanan CUEPACS itu ialah Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Azih Muda; Setiausaha Agung, Lok Yim Pheng dan Setiausaha Kewangan, Jaafar Mansor.

Dipetik dari Berita Harian 08/02/2012

No comments: