Followers

January 13, 2011

MARA perjelas pengambilan pelajar MRSM

Merujuk aduan 'bapa yang menunggu rayuan, Jitra, Kedah' dalam ruangan ini bertarikh 18 Disember lalu.

Dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) berprinsipkan persetujuan bersama MARA dengan Kementerian Pelajaran bagi mewujudkan persaingan sihat dan peluang sama rata kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang memenuhi syarat.

Jika pelajar sudah memohon bagi kemasukan ke MRSM, dimaklumkan bahawa semakan kemasukan ke Tingkatan Satu MRSM dijangka dapat dibuat pada akhir Januari ini. Sila layari portal MARA di www.mara.gov.my

Sementara itu, MARA juga merujuk aduan 'mangsa kolej, Kuala Lumpur' pada 23 Disember lalu. Proses pemulaan baki pinjaman perlu melalui pelbagai tapisan kerana membabitkan penyelarasan kewangan MARA dan kolej.
Dipetik dari Berita Harian 12/01/2011

No comments: