Followers

November 24, 2011

Pelajar MRSM turut terima bantuan RM100

KUALA LUMPUR : Semua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) akan menerima bantuan persekolahan RM100 sebagaimana pelajar sekolah bantuan kerajaan dan swasta seperti diumumkan pada pembentangan Bajet 2012, bermula Januari depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata ibu bapa pelajar tidak perlu bimbang kerana peruntukan diumumkan kerajaan itu membabitkan pelajar MRSM.

"Peruntukan itu ada, tetapi disebabkan MRSM hanya mempunyai pelajar peringkat menengah dan tidak mempunyai pelajar peringkat rendah. maka pembayaran itu akan dibuat pada awal Januari.

"Dulu saya pun bimbang tetapi saya mendapat maklum balas ada bantuan (untuk pelajar MRSM). Untuk itu saya nasihatkan kepada ibu bapa supaya tidak gusar pelajar MRSM juga akan menerima bantuan berkenaan,"katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas reaksi beberapa ibu bapa pelajar di MRSM yang gusar dan bimbang MRSM tidak menerima pembayaran berkenaan kerana tidak termasuk dalam sekolah kelolaan Kementerian Pelajaran.

Bagaimanapun, Mohd Shafie berkata pihaknya memberikan keutamaan pembayaran itu ke kawasan lain kerana ia membabitkan peruntukan pada Bajet 2012.

No comments: