Followers

October 19, 2011

Manik Berbentuk Piramid # 2


Jahitan ini sesuai dijahit pada hujung lengan, bawah baju dan keliling leher.

*Patern ini mempunyai 5 baris jahitan

Cara-cara menjahit :-

1. Baris pertama
  • Naikkan jarum di atas kain
  • Pastikan jarum berada diatas kain
  • Masukkan 8 biji manik bulat
  • Luruskan dan selarikan manik di atas garisan, turunkan jarum
2. Baris kedua
  • Naikkan jarum ke atas sedikit daripada barisan manik yang pertama tadi
  • Naikkan jarum di tengah-tengah antara manik yang pertama dan kedua
  • Masukkan 6 biji manik bulat
  • Luruskan dan selarikan manik. Turunkan jarum
3. Baris ketiga
  • Kemudian naikkan jarum di atas daripada barisan manik yang kedua tadi.
  • Naikkan jarum di tengah-tengah antara manik yang pertama dan kedua
  • Masukkan 4 manik bulat
  • Luruskan dan selarikan manik. Turunkan jarum
4. Baris keempat
  • Kemudian naikkan jarum di atas sedikit daripada barisan manik yang ketiga tadi
  • Naikkan jarum di tengah-tengah antara manik yang pertama dan kedua
  • Masukkan 2 biji manik bulat
  • Luruskan dan selarikan manik. Turunkan jarum
5. Baris kelima
  • Kemudian naikkan jarum di atas sedikit daripada barisan manik yang keempat tadi
  • Naikkan jarum di tengah-tengah manik yang pertama
  • Masukkan sebiji manik bulat
  • Luruskan. Turunkan jarum. Ulang sebelah

No comments: