Followers

September 05, 2011

MRSM, IKM perintis Tutor iLMS

PUTRAJAYA : Empat Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan satu Institut Kemahiran MARA (IKM) dijadikan perintis pelaksanaan projek 2 - pembelajaran dikenali Tutor Intelligent Learning Management System (Tutor iLMS).

MRSM berkenanaan termasuk Merbok (Kedah), Felda Trolak (Perak), Kota Putra, Besut (Terengganu) dan Pekan (Pahang) serta Sungai Petani (Kedah).

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, projek perintis sudah dijalankan di kelima-lima pusat berkenaan dan ia dijangka dapat dilaksanakan mulai tahun depan.

"Kita memberi enam bulan kepada pelajar untuk melihat keberkesanan pelaksanaan sistem terbabit dan saya percaya ia dapat dilaksanakan menjelang tahun depan.

"Berdasarkan maklum balas setakat ini, kami dapati 92 peratus pelajar ingin menggunakan semula aplikasi berkenaan kerana ia mampu memendekkan tempoh pembelajaran dan ia lebih menyeronokkan selain tidak terikat dengan pembelajaran di dalam sekolah," katanya selepas pelancaran Tutor iLMS di sini, semalam.

Majlis disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dipetik dari Harian Metro 03/09/2011

No comments: