Followers

September 29, 2011

Kemasukan Ke MRSM Ting 4 Tahun 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TING. 4 MRSM TAHUN 2011

A. Syarat2 kelayakan :

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2011.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM).

3. Pelajar Bumiputera Ting. 3 di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (Ting. 3 yang sedang menuntut di Sek. Men. Keb.) di Semenanjung Malaysia.

4. Pelajar yang menuntut di Sek. Berasrama Penuh (SBP) dan Sek. Berasrama Penuh Intergrasi (SPBI) Kementerian Pelajaran TIDAK DIBENARKAN memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.

5. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2011 di Sek. Men. Keb. dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Matematik dan Sains.

B. Syarat2 memohon secara online :

1. Pemohon boleh mendapatkan kata laluan secara percuma di Pej. MARA Negeri, Pej. MARA Daerah @ Maktab Rendah Sains MARA mulai 3 hingga 20 Oktober 2011. Pemohon boleh mengisi borang permohonan secara online mulai tarikh tersebut.

2. Sila bawa salinan Kad Pengenalan dan Slip Peperiksaan Percubaab PMR 2011 yang disahkan benar serta angka giliran PMR 2011, semasa mendapatkan kata laluan.

3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan secara online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.

4. Pemohon mestilah menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ke alamat seperti di bawah :-

(Permohonan Ke Tingkatan 4 Tahun 2012)
Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah,
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.

C. Tarikh Tutup Permohonan :

1. Tarikh akhir permohonan secara online ialah pada 20 Oktober 2011.

2. Tarikh akhir menghantar cetakan borang dan dokumen yang berkaitan ialah selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2011.

3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2012. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2012 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

No comments: