KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui Pelan Transformasi Srategik MARA 2011-2020 dirangka tahun ini mampu mencapai sasaran menjadi organisasi berasaskan keusahawanan menjelang 2020.....
Pengerusi MARA, Datuk Idris Jusoh, berkata sasaran terbabit mampu dicapai dengan pelaksanaan beberapa strategi berteraskan inovasi antaranya melahirkan pekerja berintegriti serta nilai modal insan global di samping membangunkan usahawan berjaya dan inovatif.
"Fokus terhadap agenda transformasi ini cukup banyak, jadi kami berharap MARA menjadi sebuah organisasi berasaskan keusahawanan berprestasi tinggi serta dibantu dengan kecekapan tenaga kerja cekap.
"Justeru, kami memastikan seluruh tenaga kerja MARA mendapat latihan sewajarnya untuk mencapai laporan petunjuk prestasi (KPI) yang membanggakan bagi melahirkan warga kerja berilmu dan berdaya saing sekali gus menghasilkan impak positif terutama dalam sistem penyampaian," katanya pada majlis perhimpunan bulanan MARA di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah MARA, Datuk Ibrahim Ahmad dan Pengarah Bahagian Sumber Manusia MARA, Ramli Sudin.
Majlis terbabit turut menyaksikan pelancaran Kempen Amalan Senyum dalam usaha mengamalkan nilai murni terhadap warga kerja MARA selain berbudi bahasa ketika berurusan dengan orang ramai.
Majlis juga menyaksikan penyampaian surat tawaran kepada 10 daripada 30 warga kerja MARA terpilih menyertai pengajian peringkat sarjana dalam bidang keusahawanan di Universiti Kuala Lumpur selama dua tahun.
Idris berkata, tawaran berkenaan membuktikan komitmen MARA untuk mencapai misi pelan transformasi iaitu menerajui bidang keusahawanan dan beberapa bidang lain termasuk pendidikan serta pelaburan ke peringkat global.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai status permohonan kenaikan gaji guru Maktab Sains Rendah (MRSM), beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih menunggu perincian dari kerajaan berhubung perkara itu.
"Setakat ini, kerajaan belum keluarkan sebarang perincian. Sekiranya dah keluar, kita (MARA) akan mohon supaya ganjaran sama dinikmati guru MARA.
"Kami percaya jika ada kenaikan gaji terhadap guru kementerian, guru MARA juga patut mendapat ganjaran sama kerana tiada perbezaan kerana mereka (guru) mengajar pelajar sama. Lagi pula, MRSM berprestasi tinggi yang pelajarnya daripada individu terpilih," katanya.
Dipetik dari Harian Metro 26/06/2011

No comments:
Post a Comment