Kuala Lumpur: Penjawat awam perlu melakukan anjakan sikap drastik seiringan dengan gagasan dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata penjawat awam tidak seharusnya berasa selesa berada pada takuk lama sehingga pencen dan sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian yang biasa. "Penjawat awam perlu menyahut saranan Perdana Menteri sebagai satu cabaran bagi meningkatkan daya saing mereka. Mahu naik gaji tapi sikap pada tahap lama tidak mahu berubah macam mana? "Kita menyokong untuk menjadikan penjawat awam berpendapatan tinggi tapi mesti seimbangkan pendapatan dengan sikap serta kerja yang dilakukakan," katanya hari ini, semalam.
Kelmarin, Najib berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian. Sikap itu pula perlu disokong dengan satu lagi akronim - PCI (Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi).
Petikan daripada Berita Harian
Rabu 4 Julai 2012
No comments:
Post a Comment