Followers

June 21, 2012

MARA tolak rayuan pelajar

KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengesahkan menolak rayuan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, Nabihah Sehu Allavudin, yang merangkul keputusan semua A, termasuk 8A+ dan 1A.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasni Suleiman, berkata ini kerana kursus yang dipohon tidak ditawarkan semula berikutan sudah memenuhi kuota yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Beliau berkata permohonan itu tidak berjaya kerana jurusan yang dipohon adalah program terhad kepada 15 pelajar tahun ini mengikut kuota penempatan yang ditetapkan kementerian terbabit.

Semalam, akhbar ini melaporkan, Nabihah,18, tidak mendapat sebarang tawaran melanjutkan pengajian ke mana-mana institusi pengajian tinggi termasuk mengikuti program pergigian di universiti di Jordan menerusi Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah MARA.

Hasni berkata seramai 150 pelajar cemerlang SPM 2011 dipanggil untuk sesi temuduga bagi program pergigian yang dipohon Nabihah dan pemilihan calon adalah secara merit mengikut markah yang dicapai pada sesi temuduga," katanya dalam satu kenyataan kepada Berita Harian, di sini, semalam.

Dipetik dari Berita Harian 21/06/2012

No comments: