Followers

March 04, 2011

1,152 pelajar MARA berlepas ke Mesir 9 Mac

PUTRAJAYA : Seramai 1,152 pelajar tajaan MARA yang menuntut di Mesir dijangka mula berlepas ke negara itu 9 Mac ini untuk menyambung semula kuliah selepas keadaan di negara berkenaan semakin pulih.

Semua pelajar itu akan berlepas ke Mesir secara berperingkat dengan penerbangan bermula dari 9 Mac hingga 12 Mac 2011.

Sehubungan itu, MARA dalam laman webnya memohon pelajar terbabit menyemak nama masing-masing dan memaklumkan kepadanya jika terdapat kesilapan....

"Pelajar juga diminta memaklumkan kepada MARA sekiranya sudah mempunyai tiket penerbangan sendiri atau daripada yayasan negeri dengan segera," katanya.

Tujuh universiti di Mesir iaitu Universiti Iskandariah, Universiti Kaherah, Universiti Mansourah, Universiti Tanta, Universiti Ain Shams, Universiti Zagazig dan Al-Azhar, akan memulakan pengajian antara 12 Mac dan 8 April depan.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan, mereka boleh menghubungi Hotline MARA di talian 03-2693 6666; 03-2694 6622 dan 03-2694 3366.

Sementara itu, semua pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sudah atau belum membuat tempahan tiket penerbangan pulang ke Mesir diwajibkan mendaftar dengan jabatan itu sehingga esok (Sabtu).

Mereka boleh melakukan pendaftaran secara dalam talian di laman web JPA bermula 2 Mac hingga 5 Mac ini.

Menurut kenyatan JPA di dalam laman webnya, pelajar yang sudah tamat tempoh sah laku visa juga dinasihatkan untuk memperbaharui semula visa mereka di Malaysia sebelum pulang ke Mesir.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi JPA di talian 03-8885 3430; 03-8885 3437 dan 03-8885 3511.
Dipetik dari Berita Harian 04/03/2011

No comments: