Followers

July 12, 2010

KURSUS JANGKA PENDEK

Kolej Komuniti Rembau menjadi sebuah pusat pendidikan yang cemerlang dalam bidang Teknologi, Bisnes dan Industri Perkhidmatan serta berazam melahirkan insan berketrampilan, bersahsiah, berkualiti, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MISI~ Mewujudkan peluang membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti setempat melalui pendidikan dan latihan.
OBJEKTIF
  • Memberi pendidikan dan latihan secara formal dan tidak formal.
  • Membuat kajian mengenai keperluan semasa masyarakat.
  • Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan kerjaya pada masyarakat.
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti.
  • Membentuk rangkaian kerjasama antara KKR dan pihak-pihak berkaitan bagi mendapatkan kepakaran dan kemudahan yang diperlukan.

CARA PERMOHONAN

Pemohon yang berminat bolehlah menghubungi Pengarah Kolej Komuniti Rembau atau Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Rembau

Pengarah
Kolej Komuniti Rembau
Lot PT 2565-2579,
Taman Pinggiran Pedas,
71400 Pedas, Negeri Sembilan.
06-6858 672 (Pej.)
06-6858 698 (F)

July 08, 2010

KEJOHANAN SUKAN 4 PENJURU

MRSM Kuala Klawang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan 4 Penjuru yang telah berlangsung pada 3 Julai 2010 (Sabtu). Sukan ini disertai oleh peserta dari MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, PMN Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan permuafakatan antara setiap peserta dari setiap agensi kerajaan yang terlibat. Antara sukan yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah seperti Bola Jaring, Bola Sepak, Badminton, Ping Pong dan Petanque.



- Pemain Bola Jaring







- Pemain Bola Sepak




Dari sukan ini juga, kita dapat melihat penglibatan semua para peserta dari setiap agensi. Diharap sukan seperti ini, dapat dijalankan pada setiap tahun dengan melibatkan lebih banyak agensi kerajaan yang lain di Negeri Sembilan.

May 20, 2010

KEKOSONGAN PREMIS MARA

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan di premis perniagaan MARA, di Medaniaga Rembau ( 2 lot ), Bazar MARA Chembong ( 1 lot ) dan Arked MARA Sri Kendong ( 5 lot ), Rembau :-

* Sila kemukakan permohonan dengan menggunakan borang khas (diberi percuma).
* Borang boleh didapati di mana-mana Pejabat MARA yang berdekatan anda.
* Tarikh tutup permohonan 21 Mei 2010 ( Jumaat ).
* Keterangan lanjut sila hubungi 06-685 1354 atau datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau.

May 19, 2010

TAJAAN PINJAMAN PELAJARAN MARA

MARA menyediakan kemudahan kewangan kepada pelajar yang berkelayakan untuk
melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang-bidang
keutamaan di dalam dan luar negara.

Syarat-syarat Am
  • Bumiputera warganegara Malaysia
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan @ ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan displin.
  • Tidak pernah dianjurkan oleh mana-mana penaja lain diperingkat yang sama kecuali untuk kursus-kursus kritikal dan profesional atas keperluan semasa.
  • Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya.
  • Dapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
  • Sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
  • Pengajian sepenuh masa dalam dan luar negara.
  • Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.

Tawaran tajaan akan terbatal sekiranya ibu / bapa / penjaga / pelajar gagal membayar hutang MARA ( Blacklist ) @ dalam tindakan undang-undang. Pertimbangan tajaan adalah tertaluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA. Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Keterangan lanjut sila hubungi :-

Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21 Jalan Rja Laut,
50609 Kuala Lumpur.
Tel : 03-2691 5111 samb. 1110 / 1155
Laman web :www.mara.gov.my

February 02, 2010

PROGRAM JUARA RAKYAT

UMNO Bahagian Rembau telah menganjurkan Program Juara Rakyat bertemakan "Pendidikan" yang berlangsung pada 29hb - 31hb Januari 2010. Program ini bertujuan memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk mengetahui maklumat mengenai institusi pengajian yang terdapat di dalam Malaysia. Disamping itu, program ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia tanpa mengira agama dan bangsa.
Program ini turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bagi sempurnakan Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang.


Pelbagai aktiviti telah diadakan selama program ini berlangsung seperti ceramah motivasi, bergotong-royong, pelbagai pertandingan dan lain-lain.