Followers

July 04, 2012

Penjawat Awam Di Gesa Ubah Mentaliti, Cara Kerja

   Kuala Lumpur:  Penjawat awam perlu melakukan anjakan sikap drastik seiringan dengan gagasan dan usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memacu Malaysia menjadi sebuah negara maju.

   Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata penjawat awam tidak seharusnya berasa selesa berada pada takuk lama sehingga pencen dan sentiasa cepat berpuas hati dengan pencapaian serta urusan harian yang biasa.  "Penjawat awam perlu menyahut saranan Perdana Menteri sebagai satu cabaran bagi meningkatkan daya saing mereka.  Mahu naik gaji tapi sikap pada tahap lama tidak mahu berubah macam mana?  "Kita menyokong untuk menjadikan penjawat awam berpendapatan tinggi tapi mesti seimbangkan pendapatan dengan sikap serta kerja yang dilakukakan," katanya hari ini, semalam.

   Kelmarin, Najib berkata, penjawat awam perlu sentiasa mengambil sikap Cepat, Tepat dan Integriti (CTI) sebagai panduan dalam melaksanakan tugas harian.  Sikap itu pula perlu disokong dengan satu lagi akronim - PCI (Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi).

Petikan daripada Berita Harian
Rabu 4 Julai 2012

June 21, 2012

MARA tolak rayuan pelajar

KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengesahkan menolak rayuan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011, Nabihah Sehu Allavudin, yang merangkul keputusan semua A, termasuk 8A+ dan 1A.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasni Suleiman, berkata ini kerana kursus yang dipohon tidak ditawarkan semula berikutan sudah memenuhi kuota yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

June 06, 2012

Permohonan Terbuka

PERMOHONAN TERBUKA UNIT PUSAT INSTITUSI MARA (UPIM) PENGAMBILAN JULAI 2012
 
 
Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) Bahgian Pendidikan Tinggi (PBT) akan mengadakan Permohonan Terbuka yang akan disertai oleh kesemua Institusi Pendidikan MARA (IPMa). Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan SPM dan ke atas khususnya pelajar Bumiputera yang masih belum mendapat tempat di mana-mana IPT di samping dapat mempromosikan program-program yang dijalankan di IPMa.

June 01, 2012

May 21, 2012

PUAM, MARA anjur kursus haji percuma di Anggerik Mall

SHAH ALAM : Pelbagai usaha dilakukan bagi mempromosi kompleks perniagaan Anggerik Mall, di sini, yang menjadi antara lubuk peniaga Bumiputera terbesar di bandar raya ini.

Terbaru, Persatuan Usahawan Anggerik Mall (PUAM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Selangor dengan kerjasama syarikat pengurusan haji dan umrah, Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn Bhd, berganding bahu menganjurkan kursus haji secara percuma.