Followers

Showing posts with label CUEPACS. Show all posts
Showing posts with label CUEPACS. Show all posts

April 03, 2012

Periksa sendiri kenaikan gaji ikut SSM

KUALA LUMPUR : Penjawat awam perlu mengambil inisiatif sendiri memeriksa kenaikan gaji masing-masing mengikut jadual kenaikan gaji baru di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi memastikan mereka menerima kenaikan sepatutnya.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, menyarankan supaya semua penjawat membaca dan memahami Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru itu sebelum menandatangani apa-apa persetujuan.

"Ini kerana sebelum ini banyak masalah timbul selepas menandatangani disebabkan penjawat awam sendiri tidak memahami kenaikan gred dan berharap ia tidak akan berlaku selepas ini.

March 22, 2012

Nama baru untuk pegawai tadbir kerja

SHAH ALAM : Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang menubuhkan suruhanjaya khas bagi menyemak semula jawatan pembantu tadbir kakitangan awam seluruh negara.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, suruhanjaya itu akan menjadi medium antara kakitangan awan dan kerajaan bekerjasama bagi membincangkan perkara berkaitan skim dan gred gaji kakitangan kerajaan.

Beliau berkata, jawatan Pembantu Tadbir Awam gred N17 termasuk gred lain juga perlu diselaras semula kerana membabitkan kakitangan yang mempunyai pelbagai kelulusan dan pengalaman.

February 24, 2012

PM umum keputusan penting

PUTRAJAYA : Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan satu keputusan penting dalam tempoh terdekat, yang disifatkan CUEPACS memberi keadilan kepada kira-kira 1.4 juta kakitangan awam, termasuk berkaitan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang kini menimbulkan kontroversi.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata perkara itu dinyatakan Perdana Menteri dalam pertemuan selama 45 minit dengan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hasan, di Pejabat Perdana Menteri di sini, petang semalam.

February 23, 2012

PPKM tersinggung kenyataan KUPEKMAS

KUALA LUMPUR : Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) semalam menyuarakan rasa tersinggung terhadap kenyataan Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) berhubung tiada badan khas yang menjaga kebajikan kira-kira 500,000 pesara.

Presidennya, Datuk Wan Mahmood Pawan Teh, berkata PPKM sebenarnya sudah lebih 40 tahun membela nasib kira-kira 600,000 pesara sejak 1972 dan sudah banyak membantu memperjuangkan hak mereka seperti pengiraan pencen mengikut formula berasaskan kepada tempoh perkhidmatan sehingga maksimum 30 tahun bagi semua pesara berkuat kuasa 1 Januari 2009.

February 21, 2012

Pesara kerajaan dinasihatkan sertai Kupekmas


PUTRAJAYA 20 Feb. - Bekas kakitangan awam dinasihatkan tidak melepaskan peluang menyertai Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (Kupekmas) agar kebajikan mereka dapat terus dipelihara.

Setiausaha Kehormatnya, Datuk Abdul Rahman Manan berkata, penyertaan dalam Kupekmas juga secara tidak langsung dapat mengekalkan hubungan yang harmoni antara kelab dengan kerajaan.

"Pihak kelab akan berusaha mendapatkan peruntukan dan dana daripada kerajaan untuk memberi faedah kebajikan seperti sakit kritikal, kemalangan serius yang dialami oleh ahli dan keluarga peserta.

Kekal tarikh tunggakan gaji SBPA

PUTRAJAYA 20 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) tetap mahukan tarikh tunggakan gaji mengikut Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kekal pada 1 Januari lalu, seperti yang dipersetujui sebelum ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya berpendirian tarikh penguatkuasaan gaji SBPA perlu dikekalkan walaupun pelaksanaan skim tersebut ditangguhkan untuk semakan semula.

"Kalau berlaku perubahan tarikh nanti, ini bermakna opsyen sebelum 30 Disember termasuk selepas 15 Januari seperti yang ditetapkan sebelum ini, tidak akan diterima.

February 20, 2012

SBPA : Khabar gembira atau sebaliknya dijangka diketahui Rabu ini

KUALA TERENGGANU 19 Feb. - Keputusan sama ada tuntutan penambahbaikan sistem Saraan Baharu Perkhidmatan Awam (SBPA) akan memberi khabar gembira kepada seluruh penjawat awam atau sebaliknya dijangka diketahui Rabu ini.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, pada hari tersebut, pihaknya akan membentangkan hasil bengkel Jawatankuasa Bertindak SBPA kongres itu kepada Jawatankuasa Penambahbaikan SBPA yang ditubuhkan kerajaan.

February 15, 2012

5 tuntutan CUEPACS perlu diberi pertimbangan

PUTRAJAYA: Lima tuntutan yang dikemukakan CUEPACS berhubung skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menerima maklum balas positif daripada kerajaan, sekali gus memungkinkan kontroversiisu itu diselesaikan lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan pada 16 April depan.

Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, ketika pertemuan dengan pihaknya baru-baru ini memaklumkan kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan lima tuntutan berkenaan.

Katanya, Mohd Sidek memaklumkan lima tuntutan berkenaan perlu diberi pertimbangan, terutama yang membabitkan isu kritikal.

February 10, 2012

Kekal syarat pinjaman asal

Garis Panduan Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk kelayakan permohonan pinjaman perlu berdasarkan pendapatan bersih dijangka memberi kesan tidak langsung kepada penjawat awam.

Presiden kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata, garis panduan berkenaan dijangka memberi kesan baik kepada penjawat awam untuk jangka masa panjang, namun dalam masa yang sama ia boleh memberi tekanan sekiranya ada di kalangan mereka yang benar-benar memerlukan pinjaman.

February 09, 2012

CUEPACS bentang kertas cadangan SBPA 22 Februari

PUTRAJAYA: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dijadual membentangkan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada mesyuarat ketiga pasukan itu dijadualkan 22 Februari ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata kertas cadangan sengan komprehensif itu yang disediakan Jawatankuasa Bertindak SBPA yang diwujudkan khas oleh CUEPACS, dijangka siap sepenuhnya sebelum tarikh mesyuarat berkenaan.

February 08, 2012

CUEPACS tak diajak semak semula SBPA

PUTRAJAYA : CUEPACS belum menerima sebarang jemputan rasmi untuk tiga anggota kanannya menganggotai pasukan petugas khas semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang sebelum ini mendapat persetujuan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hasan.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata beliau tidak akan menyertai mesyuarat pasukan petugas khas itu yang akan diadakan petang ini sekiranya surat rasmi berkenaan tidak dikeluarkan hari ini.

"Bagaimana mereka mahu menyertai pasukan petugas khas ini jika masih belum menerima surat rasmi. Saya diberitahu ia masih dalam proses untuk disiapkan tetapi tidak tahu bila kami akan terima.

February 02, 2012

CUEPACS gesa mesyuarat semakan SBPA lebih kerap

KUALA LUMPUR : CUEPACS menggesa pasukan petugas khas semakan semula Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang ditubuhkan bulan lalu supaya mengadakan mesyuaratnya lebih kerap bagi mempercepatkan proses penambahbaikan skim itu.

Presidennya, Datuk Omar Osman mencadangkan pasukan petugas itu bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali sebulan dan bukannya sebulan sekali seperti sekarang, supaya keseluruhan semakan dapat dilakukan dalam tempoh kurang dua bulan, walaupun kerajaan menetapkan tiga bulan.

Omar berkata, beliau akan membawa cadangan itu pada mesyuarat pasukan petugas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhimatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, yang dijadualkan 8 Februari ini di Putrajaya.