SHAH ALAM : Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bercadang menubuhkan suruhanjaya khas bagi menyemak semula jawatan pembantu tadbir kakitangan awam seluruh negara.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata, suruhanjaya itu akan menjadi medium antara kakitangan awan dan kerajaan bekerjasama bagi membincangkan perkara berkaitan skim dan gred gaji kakitangan kerajaan.
Beliau berkata, jawatan Pembantu Tadbir Awam gred N17 termasuk gred lain juga perlu diselaras semula kerana membabitkan kakitangan yang mempunyai pelbagai kelulusan dan pengalaman.
