Followers

Showing posts with label Aktiviti PMD. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti PMD. Show all posts

June 01, 2012

February 08, 2012

Kursus bersama GIATMARA












Gambar selanjutnya boleh singgah ke FB PMD Rembau

December 07, 2011

Kursus Frozen Food #2












Nak tengok gambar penuh klik SINI


October 19, 2011

Manik Berbentuk Piramid # 2


Jahitan ini sesuai dijahit pada hujung lengan, bawah baju dan keliling leher.

*Patern ini mempunyai 5 baris jahitan

Cara-cara menjahit :-

1. Baris pertama
  • Naikkan jarum di atas kain
  • Pastikan jarum berada diatas kain
  • Masukkan 8 biji manik bulat
  • Luruskan dan selarikan manik di atas garisan, turunkan jarum

October 18, 2011

Manik Beriring Single # 1



Manik beriring single ini sesuai dijahit pada bahagian hujung lengan baju, bawah kaki baju, keliling leher atau tengah-tengah belahan baju kebaya. Sesuai juga dijadikan tangkai atau batang bunga pada baju yang coraknya berbunya besar.

October 10, 2011

Kursus Frozen Food

Pejabat MARA Daerah Rembau bercadang mengadakan Kursus Frozen Food pada 18hb & 25hb Oktober 2011 bertempat di Pusat Masakan KEMAS, Rembau. Untuk makluman, kursus ini terpaksa ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. Oleh itu, permohonan masih dibuka pada sesiapa yang berminat. Yuran bagi kursus ini adalah RM30. Tempat adalah TERHAD pada 20 orang sahaja. Sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah menghubungi Pn. Munira ditalian 06-685 1354 @ datang sendiri ke Pejabat MARA Daerah Rembau.


TQ..

September 25, 2011

Open Office


Bersama Jabatan Penerangan & GiatMARA

September 13, 2011

Perancangan Kursus Akhir Tahun

Pejabat MARA Daerah Rembau bercadang untuk mengadakan Kursus Selepas Hari Raya. Kursus ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak KEMAS, Rembau. Kursus yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

KURSUS KUIH MUIH TRADISIONAL
Tarikh : 25 Okt 2011
Bertempat : Pusat Masakan KEMAS, Rembau

KURSUS JAHITAN SENI MANIK
Tarikh : 29 Nov 2011
Bertempat : Bengkel Jahitan KEMAS, Rembau

KURSUS FROZEN FOOD
Tarikh : 28 Dis 2011
Bertempat : Pusat Masakan KEMAS, Rembau

Yuran bagi setiap kursus adalah RM30. Tempat adalah TERHAD kepada 20 orang sahaja. (Tarikh kursus berdasarkan jadual tenaga pengajar & boleh berubah mengikut kesesuaian masa). Sila hubungi 06-685 1354 (Pn. Munira) untuk keterangan lanjut @ datang sendiri ke Pejabat MARA Daerah Rembau untuk mengisi borang permohonan kursus. Segala perubahan tarikh akan dimaklumkan kepada peserta yang berdaftar sahaja.

TQ.

July 27, 2011

Kursus Biskut untuk persediaan Hari Raya

PMD Rembau telah mengadakan Kursus Biskut Persediaan Hari Raya pada 27hb Julai 2011 bertempat di Pusat Masakan KEMAS, Rembau.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta kerana memberi kerjasama untuk menjayakan kursus ini.



















Untuk melihat gambar kursus ini lebih lanjut, boleh lah singgah ke FB PMD Rembau

TQ..

July 26, 2011

July 19, 2011

Cadangan Kursus Selepas Hari Raya

Pejabat MARA Daerah Rembau bercadang untuk mengadakan Kursus Selepas Hari Raya. Kursus ini akan dijalankan dengan kerjasama pihak KEMAS, Rembau. Kursus yang dicadangkan adalah seperti berikut :-

KURSUS KUIH MUIH TRADISIONAL
Tarikh : 25 Okt 2011
Bertempat : Pusat Masakan KEMAS, Rembau

April 21, 2011

Re Interview Peminjam & Penyewa

Syukur Alhamdulillah ke hadrat illahi. Program Re Interview berjaya dijalankan pada 20 April 2011 bersamaan hari Rabu. Seramai 33 orang termasuk peminjam & penyewa hadir ke PMD Rembau. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang hadir pada hari tersebut. Kehadiran anda amatlah kami hargai.


September 25, 2010

Majlis Perpisahan Pegawai


Kami staf dari PMD Rembau ingin mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Ab. Rahman Bin Aziz, Pegawai MARA Rembau. Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang telah tuan berikan kepada kami. Jasamu tetap kami kenang. Semoga hidup tuan sentiasa dalam keberkatan Allah s.w.t... Amin...

August 16, 2010

Aktiviti Selepas Bersara


1. 19 Ogos 2010, saya akan mula bercuti sebelum bersara pada 26 Sept. 2010. Pada awalnya, ada juga cita-cita untuk memulakan perniagaan kafe (kononnya untuk mengisi masa lapang dan mengumpulkan para sahabat persara) tetapi banyak pula halangannya.
2. Masa terhad, tidak bebas seperti burung terbang..... (kemana, munkin juga mengerjakan umrah barangkali, insyaallah).
3. Tiada perancangan rapi sebelum bersara. Masih mencari aktiviti yang sesuai (jika tiada halangan munking membantu kerja-kerja amal bersama NGO).

July 16, 2010

PMD REMBAU - JASAMU DIKENANG

1. Sukacita dimaklumkan bahawa saya Haji Ab. Rahman bin Haji Aziz, Pegawai MARA Daerah Rembau akan mula bercuti pada 19 Julai 2010 hingga 24 September, 2010 dan seterusnya bersara wajib (58), Insyaallah.
2. Dikesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang tempoh perkhidmatan saya di MARA (terutamanya daerah Rembau)terdapat tingkah laku dan tutur kata saya yang tidak menyenangkan atau menyinggung perasaan sama ada dalam urusan menjalankan tugas atau di luar urusan resmi.
3. Segala kerjasama dan sokongan dari semua peringkat pelanggan sama ada anggota kerajaan, swasta dan juga orang awam kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya di MARA dan daerah Rembau umumnya amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

July 08, 2010

KEJOHANAN SUKAN 4 PENJURU

MRSM Kuala Klawang telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Sukan 4 Penjuru yang telah berlangsung pada 3 Julai 2010 (Sabtu). Sukan ini disertai oleh peserta dari MRSM Kuala Klawang, MRSM Serting, PMN Negeri Sembilan dan Penjara Jelebu. Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk menyemarakkan permuafakatan antara setiap peserta dari setiap agensi kerajaan yang terlibat. Antara sukan yang telah dipertandingkan pada hari tersebut adalah seperti Bola Jaring, Bola Sepak, Badminton, Ping Pong dan Petanque.



- Pemain Bola Jaring







- Pemain Bola Sepak




Dari sukan ini juga, kita dapat melihat penglibatan semua para peserta dari setiap agensi. Diharap sukan seperti ini, dapat dijalankan pada setiap tahun dengan melibatkan lebih banyak agensi kerajaan yang lain di Negeri Sembilan.