Followers

October 28, 2010

Kursus Jangka Pendek

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti Kursus Jangka Pendek, kerjasama antara Pejabat MARA Daerah Rembau, GiatMARA Rembau dan Kolej Komuniti Masyarakat Rembau bolehlah menghubungi kami ditalian 06-685 1354 atau datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau.
Antara pilihan kursus yang disediakan seperti berikut :-

1. GiatMARA
  • Jahitan Manik (terhad kepada 15 peserta)
  • Sulaman Mesin atau Ayak (terhad kepada 6 peserta)
2. Kolej Komuniti Masyarakat
  • Simen Fero
  • Penternakan Ikan Keli
  • Masakan
  • Pelancongan
  • Jahitan
  • Pertanian / Agro
  • Automotif
  • Pelukis Pelan
  • Bakeri dan Pastri
  • Bahasa Inggeris
  • Landskap
  • Kimpalan
  • Keusahawanan
  • Komputer
  • Dandanan dan Solekan
Bayaran RM 5.00 - RM 20.00 mengikut pilihan kursus. Manakala tempat kursus akan ditentukan oleh tenaga pengajar.

October 18, 2010

Kursus Anjuran MARA

BENGKEL HALATUJU PERNIAGAAN PENTERNAKAN IKAN AIR TAWAR BERSAMA SHUZAM SDN BHD

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini boleh la membuat bayaran selewat-lewat nya esok di semua Pejabat MARA yang berdekatan dengan anda.

Tarikh : 21hb Oktober 2010
Masa : 9.00 pg - 12.30 tgh
Tempat : Bilik Kuliah PUSMA,
Aras 3, Bangunan Seremban Plaza
Yuran : RM 10.00

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 06-762 6088
atau datang terus ke Pusat Usahawan MARA
Aras 3, Bangunan Seremban Plaza

October 12, 2010

Kekosongan Di Arked MARA Sri Kendong

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan di premis Arked MARA Sri Kendong ( 5 Lot ):-

  • Sila kemukakan permohonan dengan menggunakan borang khas yang boleh didapati di mana-mana pejabat MARA yang berdekatan.
  • Keterangan lanjut sila hubungi 06-685 3154 atau boleh datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau.

September 25, 2010

Majlis Perpisahan Pegawai


Kami staf dari PMD Rembau ingin mengucapkan Selamat Bersara kepada Tuan Haji Ab. Rahman Bin Aziz, Pegawai MARA Rembau. Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang telah tuan berikan kepada kami. Jasamu tetap kami kenang. Semoga hidup tuan sentiasa dalam keberkatan Allah s.w.t... Amin...

September 24, 2010

Iklan Jawatan Kosong

Jawatan / Gred : Penolong Pegawai Teknologi maklumat
Kumpulan / Taraf : Sokongan (Tetap)

Syarat-syarat lantikan :
  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh iklan jawatan ditutup
  • mempunyai Diploma dalam bidang sains komputer @ Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau
  • Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (Komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tempatan @ kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Dan
Lulus Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada Peringkat Sijil Pelajaran Malaysia @ kelulusan yang diikiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara memohon : Permohonan hendaklah dikemukakan kepada PENGARAH KOLEJ MARA SEREMBAN seperti alamat di bawah dengan mengemukakan butir-butir peribadi (Resume), sekeping gambar ukuran pasport & salinan sijil-sijil yang telah DISAHKAN.

Pengarah
Kolej MARA Seremban,
Jalan Aminuddin Baki,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan.


Tarikh tutup : 30 Sept 2010