Followers

December 30, 2009

KURSUS PERHUBUNGAN PELANGGAN & KOMUNIKASI PERNIAGAAN


Kursus ini telah diadakan pada 22hb-24hb Dis '09 yang lalu bertempat di Bilik Kuliah Masjid Jamek An-Nur,Rembau. Kursus ini dapat memberi peluang kepada golongan usahawan,peniaga-peniaga kecil atau mereka yang berniaga secara sambilan terutama sekali yang berhadapan terus dengan pelanggan dalam perniagaan seharian.

Dengan mengikuti kursus ini, para peserta dapat menambah pengetahuan tentang betapa pentingnya peranan pelanggan kepada perniagaan. Tanpa wujudnya pelanggan maka tidak bernyawa sesuatu perniagaan. Disamping itu, membolehkan peserta membina tahap komunikasi yang berkesan supaya matlamat perhubungan pelanggan dan kejurujualan dapat dicapai.

December 28, 2009

KURSUS PASTRI, KEK & BISKUT


Pada 1hb-3hb Dis 2009, PMD Rembau telah membuat Kursus Pastri,Kek & Biskut dimana kursus ini memberi peluang kepada golongan suri rumah, remaja dan para usahawan untuk menambah pendapatan keluarga. Dengan kursus ini, mereka dapat mempelbagaikan teknik dan cara penyediaan kek yang betul dan tepat untuk dikomersialkan.









Dengan mengikuti kursus ini juga, para peserta dapat memupuk gaya hidup sihat dan minat untuk berniaga dengan mempelbagaikan masakan dan hidangan bagi menerima tempahan tanpa mengira musim.

November 18, 2009

KURSUS WESTERN FOOD & FROZEN FOOD


Pada 9hb-13hb Nov 2009 yang lalu, PMD Rembau telah membuat Kursus Western Food & Frozen Food bertempat di Pusat Masakan Kemas Daerah Rembau. Kursus tersebut telah disertai seramai 15 orang peserta.

Dari kursus ini para peserta dapat menambah kemahiran dalam penyediaan makanan barat dan sejuk beku yang seimbang dalam kehidupan seharian. Selain itu, para usahawan juga boleh mengkomersialkan makanan tersebut untuk tujuan penambahan pendapatan keluarga.


November 04, 2009

JAMUAN HARI RAYA


Jamuan Hari Raya & Doa Selamat sempena pemergian Pegawai MARA Daerah ke tanah suci Makkah telah diadakan 16hb Okt 2009. Penyewa-penyewa Arked & Medaniaga Rembau bersama-sama memeriahkan majlis tersebut. Dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara kakitangan MARA Rembau & penyewa-penyewa Arked & Medaniaga sekalian.

KURSUS JAHITAN MANIK


Pada 20 Ogos 2009, kami telah mengadakan Kursus Asas Jahitan Manik kepada para usahawan Daerah Rembau. Di atas permintaan ramai, kami telah membuat Kursus Lanjutan Jahitan Manik ini pada 15 Oct 2009. Seramai 15 orang usahawan telah menyertai kursus ini & tujuannya adalah untuk memberi kemahiran kepada usahawan atau bakal usahawan untuk mendapatkan teknik kemahiran jahitan manik serta mempelbagaikan seni jahitan mereka.