Followers

July 23, 2009

MINAT

  1. Minat terhadap sesuatu, dengan sendirinya membuat kita semangat untuk melakukannya. Kaedah inilah yang diterima pakai dalam kreativiti dan motivasi menjadi seorang usahawan. Kita tidak akan merasa jemu dan letih walaupun ada halangan-halangan anda akan menghadapinya.
  2. Saya pernah bertanya kepada beberapa usahawan kenapa mereka memilih bidang yang mereka ceburi. Ada yang berkata sebab mereka minat dan hendak jadi bos. Tapi ada juga yang kata mereka memilih bidang itu setelah melihat orang lain melakukannya dan berjaya. Ini bukan satu alasan yang baik.
  3. Sebelum memilih apa jua bidang perniagaan, buatlah sedikit muhasabah diri, apakah ianya sesuai dengan diri anda samada bidang itu menimbulkan minat kepada anda, serta fikirkan semasak-masaknya sebelum membuat keputusan yang dianggap betul pada anda.
  4. Kalau sesuai dan amat meminatinya, baharulah mulakan langkah-langkah untuk merealisasikannya dibuat, sebaliknya kalau anda belum menjumpai bidang yang anda minati, teruskan mencari.

July 08, 2009

BERHUTANG DAN TANGGUNGJAWAB

  1. Hutang-piutang merupakan permasalahan mu’amalat dan persoalan fikh yang menjadi beban kepada manusia (yang berkenaan). Di dalam Al-Qur’an terdapat ayat yang menerangkan permasalahan ini iaitu dalam surat Al-Baqarah ayat 282.
  2. Salah satu hadis yang menyebutkan bahwa Rasulullah s.a.w tidak mahu mensolatkan seseorang yang meninggal, yang masih mempunyai tanggungan hutang.
  3. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala : “Maka tulislah …” maksudnya adalah tanda pembayaran untuk mengingat-ingat ketika telah datang waktu pembayarannya kerana adanya kemungkinan lupa dan lalai sehingga menangguhkan waktu pembayaran, disebabkan lupa selalu menjadi kebiasaan manusia, sedangkan setan kadang-kadang mendorongnya untuk ingkar dan beberapa penghalang lainnya, seperti kematian dan yang lainnya. Oleh karena itu, disyari’atkan untuk melakukan pembukuan hutang dan mendatangkan saksi”. [3]

_________

Foot Note. [1]. Ahkamul Qur’an, Ibnul Arabi, Beirut, Darul Ma’rifah, 1/247 [2]. Tafsir Quranil Azhim, 3/316 [3]. Ahkamul Qur’an, Ibnu Katsir, Madinah, Maktabah Jami’ Ulum wal Hikam,1993, 1/247

July 01, 2009

KERJAYA KEUSAHAWANAN

1. Cabaran orang Melayu khasnya Bumiputera, apabila menghadapi masalah sosioekonomi yang timbul daripada sejarah pergolakan politik perdagangan antarabangsa sejak dari dahulu hingga kini menunjukkan pentingnya bidang keusahawanan dalam melahirkan golongan usahawan yang berjaya dan berdayasaing.
2. Usaha ke arah mewujudkan suatu budaya keusahawanan sama ada secara formal atau tidak formal perlu dilaksanakan dengan terancang kepada bakal usahawan..
3. Usahawan perlu mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diperlukan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Langkah ini penting supaya para bakal usahawan akan bersedia dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku dalam dunia perniagaan seperti menentukan jenis perniagaan dan sebagainya.

4. Sumber pembiayaan bagi membiayai perniagaan amat diperlukan bagi menambah modal pusingan dan harta. Pembiayaan sama ada dalam bentuk pinjaman daripada institusi kewangan dan sebagainya bagi memastikan sesuatu perniagaan itu dapat berjalan dengan lancar.
5. Memilih lokasi dan tapak perniagaan adalah amat penting kepada para usahawan kerana lokasi yang strategik akan membantu memajukan perniagaan yang diusahakan.
6. Ilmu dan kemahiran juga amat diperlukan dalam sesuatu perniagaan termasuk pengurusan harta, manusia dan sebagainya. Semua elemen penting perniagaan ini berjaya diurus dengan baik, maka perniagaan itu akan dapat dijalankan dengan sempurna.

June 30, 2009

ILMU DALAM PERNIAGAAN

1. Usahawan perlu mempunyai tujuan dan perancangan memandangkan perancangan merupakan pokok kepada sistem pengurusan.
2. Idea, fikiran dan daya intelek yang ada pada seseorang itu boleh menentukan tujuan dan perancangan.Bagi seorang usahawan yang mempunyai daya fikir yang baik, kebiasaannya ia akan merancang dan menganalisis tentang apa yang dibuat, sumber kewangan, penilaian terhadap prospek perniagaan pekerja dan latihan pekerja serta lain-lain aspek seperti pengeluaran, kawalan kualiti, nilai cairan, kos analisis, penyimpanan rekod, pemasaran dan sebagainya.
3. Sifat-sifat usahawan tersebut amat digalakkan malah menjadikan satu tanggungjawab dan fungsi usahawan untuk memajukan dan meningkatkan diri dan juga perlu ada dalam usaha untuk meningkatkan keberkesananya. Malah sekiranya sifat-sifat tersebut kurang atau tidak didapati, maka mereka (usahawan tersebut) perlu mencari dan menambah ilmu pengetahuan.


“Ya Tuhanku, tambahlah kepadaku ilmu pengetahuan” (Taha 20:114)

June 26, 2009

BELIA DAN KEMAHIRAN KEARAH KEUSAHAWANAN

(Sempena Hari Belia Negara 2009)

1. Belia wajar melengkapkan diri dengan memiliki kemahiran yang tinggi, berketrampilan, di samping bersahsiah terpuji demi meneruskan kecemerlangan dan kegemilangan bangsa, juga negara.

2. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang perlu bagi membolehkan mereka menghadapi halangan dan menyesuaikan diri dengan pembangunan ekonomi yang pesat selari dengan era globalisasi.

3. Salah satu strategi utama ialah pertumbuhan ekonomi berasaskan pengetahuan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing negara dan bagi menyediakan lebih ramai tenaga kerja yang mempunyai pengetahuan, kepakaran,dan kemahiran yang tinggi.

4. Belia perlu memperkasakan diri serta tenaga muda mereka bersandarkan tiga paksi utama iaitu kepimpinan, kemahiran, dan keusahawanan (3K) bagi membangunkan negara. Usaha itu perlu dilakukan dengan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui ´Learning through experience´ ataupun belajar melalui pengalaman dan ‘learning through observation’.

5. Beberapa agensi kerajaan (seperti Jabatan Belia, Giatmara, ILP dan IKBN ) dan pihak swasta juga diharapkan turut serta bekerjasama di dalam melaksanakan program-program yang bertujuan melatih semula pekerja bagi menambahkan kemahiran yang sedia ada disamping meningkatkan keupayaan dan daya saing mereka serta sebagai permulaan ke arah keusahawanan. Keusahawanan yang dimaksudkan ialah dimana belia bukan sahaja mampu memberikan pekerjaan kepada dirinya sendiri malahan secara tidak langsung turut berupaya mewujudkan peluang pekerjaan.