Followers

January 31, 2012

SPNB sasar bina 3,000 rumah

Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) akan membina 3,000 daripada 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan ini menerusi pelaksanaan pembinaan fasa pertamanya.

Pengerusinya, Datuk Ir Idris Haron, berkata SPNB yang diberi mandat kerajaan bagi melaksanakan projek RMR itu akan menggunakan konsep Sistem Binaan Industri (IBS) bagi memastikan rancangan membina 45 unit rumah RMR di setiap kawasan Parlimen tahun ini berjalan dengan lancar.

Katanya, sejak program RMR itu diperkenalkan lapan tahun lalu, SPNB menerima 44,359 permohonan dan daripada jumlah itu, 19,927 permohonan telah diluluskan membabitkan peruntukan RM1.2 bilion.

January 09, 2012

Kekosongan premis untuk disewa

Kekosongan lot kedai di Premis Arked MARA Sri Kendong

Tingkat Atas - F1, F4, F5, & F6
Tingkat Bawah - G3 & G4

Jika berminat untuk menyewa di premis ini, sila dapatkan borang secara percuma di Pejabat MARA Daerah Rembau. Untuk keterangan lanjut sila hubungi ditalian 06-685 1354.

December 08, 2011

Warga MARA perlu semai semangat Tun Razak : Shafie

KUALA LUMPUR : Semangat Perdana Menteri kedua, Tun Razak Hussein perlu tersemai dalam diri setiap warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) walaupun mereka generasi muda yang tidak pernah kenal erti kepayahan di awal kemerdekaan, demi kesinambungan kepemimpinan organisasi berkenaan, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal.

Katanya, semangat dan roh perjuangan itulah yang bakal menjadi pemacu MARA untuk terus relevan dalam memajukan Bumiputera di negara ini, terutama terbabit dalam transformasi negara.

"Kita mahu generasi pelapis ini mewarisinya dan atas dasar inilah MARA yang ditubuhkan pada 1965 perlu bertindak lebih agresif, konstruktif dan strategik dalam menguruskan sumber manusia.

1.4 juta kakitangan awam sambut baik SBPA

PUTRAJAYA : Kajian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mendapati Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diterima baik oleh hampir 1.4 juta kakitangan awam kerana menawarkan faedah dan insentif baru termasuk skim gaji serta prospek perjawatan yang lebih baik.

Sehubungan itu, jabatan menjangkakan hampir semua kakitangan akan memilih bertukar daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) kepada SBPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari tahun depan, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Beliau berkata, sebagai contoh, kakitangan awam Gred N11 akan menerima faedah kenaikan gaji 10.5 peratus, Gred U17 (10.9 peratus), Gred N27 (9.7 peratus) dan Gred J41 (9.5 peratus).

December 07, 2011

Kursus Frozen Food #2












Nak tengok gambar penuh klik SINI