Followers

January 04, 2011

Kursus Bahasa Mandarin

Kursus ini akan bermula pada 25hb Januari 2011 (Selasa) dan akan dijalankan setiap hari selasa dan khamis selama 3 bulan. Tempoh pembelajaran ini mengambil masa selama 40 jam. Kursus ini diberi keutamaan kepada semua usahawan yang telah berniaga lebih setahun dan yang berminat untuk mengikuti kursus ini.
Butir-butir nya adalah seperti berikut :-

Masa : 8.00 malam - 10.00 malam
Yuran pendaftaran : RM 10.00 (terhad kpd 15 orang peserta shj)
Bertempat di : Bilik Mesyuarat PMD Rembau
Berumur antara 20 - 60 tahun sahaja

Kepada sesiapa yang berminat silalah membuat bayaran di Pejabat MARA daerah Rembau sebelum @ pada 21/01/2011. Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi 06-685 1354 (Pn. Munira Binti Mustapha)

December 30, 2010

Selamat Tahun Baru


Kami dari PMD Rembau mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Malaysia. Moga tahun hadapan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.

December 24, 2010

Aktiviti Akhir Tahun




Kursus Solekan & Dandanan
( 8hb Disember 2010 )






Kursus Motivasi Kecemerlangan Usahawan
( 21hb - 23hb Disember 2010 )




PMD Rembau menjangkakan akan membuat Kursus Solekan Kecantikkan pada tahun hadapan. Kursus Solekan ini menggunakan produk Mary Kay. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini bolehlah datang terus ke Pejabat MARA Daerah Rembau untuk mengisi borang kursus.

November 10, 2010

Roadshow Usahawan Bistari 2010

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) dan Johor Corporation akan menganjurkan Program Usahawan Bistari 2010 pada 20hb - 21hb Nov 2010 (Sabtu & Ahad) di Kompleks PERHEBAT, Kem Sungai Buloh, Selangor.

2. Sasaran peserta adalah terdiri daripada usahawan, pelajar Institut Pengajian Tinggi / Kolej, Pusat Kemahiran, suri rumah dan ibu tunggal, pengawai kerajaan dan agensi-agensinya, swasta, ahli-ahli NGO serta masyarakat umum. Penyertaan seminar adalah PERCUMA.

3. Untuk maklumat lanjut, sila menghubungi Cik Nursalimah Sabtu di talian 07-222 1767 / 68 / 69 / 70. Juga boleh menghubungi melalui email sall@ippj.com.my.

November 08, 2010

Permohonan kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 Tahun 2011

Tahun 2011, program MRSM (Agama) Ulul Albab akan dilaksanakan di MRSM Kota Putra, MRSM Gemencheh dan MRSM Kepala Batas. Pada tahun yang sama akan dilaksanakan juga program Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di MRSM Tun Abdul Razak, Pekan, Pahang.

1. Syarat-syarat kemasukan ke MRSM
  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada pelajar Bumiputera dan Bukan Bumiputera yang menuntut di Sek. Kebangsaan & Sek. Rendah Kebangsaan.
  • Memperolehi keputusan 5A dalam UPSR Tahun 2010.
2. Syarat-syarat kemasukan ke MRSM (Agama) Ulul Albab
  • Warganegara Malaysia
  • Bumiputera yang menuntut di Sek. Kebangsaan @ Sek. Rendah Agama Negeri @ Sek. Rendah Agama Rakyat.
  • Memperolehi keputusan 5A dalam UPSR Tahun 2010.
  • Berkebolehan membaca Al-Quran.
3. Syarat-syarat kemasukan Program Cambridge IGCSE MRSM
  • Warganegara Malaysia
  • Memperolehi keputusan 5A dalam UPSR Tahun 2010.
  • Berkebolehan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.
4. Cara memohon secara ONLINE
  • Boleh mendapatkan kata laluan dengan percuma di semua Pej. MARA Negeri, Pej. MARA Daerah @ MRSM yang berdekatan .
  • Pemohon hendaklah membawa Salinan Kad Pengenalan, Salinan Surat Beranak, Salinan Keputusan UPSR & No. Angka Giliran.
  • Pemohon hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online dan memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  • Pemohon mestilah menghantar cetakan borang serta dokumen yang berkaitan di alamat :-
(Permohonan Ke Tingkatan 1)
Pengarah,Bahagian Pendidikan dan latihan (Menengah),Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,21, Jalan Raja Laut,50609 Kuala Lumpur.

5. Tarikh tutup permohonan
  • Tarikh akhir permohonan online pada 30 Nov 2010.
  • Tarikh akhir menghantar cetakan permohonan pada 3 Dis 2010.