Followers

October 23, 2012

Beranikan diri buka bengkel

PALONG : Hanya bermodal ilmu yang dipelajari daripada seorang mekanik, seorang anak peneroka di sini, memberanikan diri untuk membina bengkel motosikal sendiri.

Mohd Zaim Hanapiah, 29, berkata, dengan berbekalkan modal RM10,000, dia nekad untuk bekerja sendiri walaupun tidak pernah mengikuti mana-mana kursus dalam bidang berkenaan.

Menurutnya, dia mengakui bantuan daripada Felda dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) memberinya peluang dan banyak membantu perniagaannya.

"Saya diberi tapak sementara oleh Felda, iaitu sekitar tahun 2006, saya gunakan kemudahan itu sehinggalah ada projek pembangunan dilaksanakan dekat tapak berkenaan.

"Kemudian saya terfikir untuk kembangkan perniagaan, Saya cuba buat pinjaman pertama dengan MARA dan Alhamdulillah permohonan itu diluluskan.

"Selepas urusan pembayaran kali pertama diuruskan dengan baik, pihak MARA setuju memberikan pinjaman kali kedua berjumlah RM35,000," katanya.

Katanya, melalui pinjaman berkenaan, dia menggunakan duit itu untuk membaik pulih bengkel dan selebihnyamembuat modal pusingan.

"Sekarang, saya ada bengkel kimpalan dengan bantuan adik, Mohd Nazrin Hanapiah, 20, dan isteri, Amirah Alias, 23, dalam pengurusan bengkel.

"Bengkel saya yang terletak di Stesen Minyak Petronas, Felda Palong 16, berhampiran jalan Bandar Seri Jempol dan Muadzam Shah, dekat sini sering menjadi pilihan penduduk serta pengguna yang melalui jalan berkenaan," kata bapa kepada dua cahaya mata ini.

Sementara itu, Pegawai MARA Daerah Jempol, Mohd Fadil Senan berkata, MARA bersedia membantu individu yang mahu menjalankan perniagaan.

"Kita akan bantu mereka asalkan berkelayakan serta memenuhi syarat yang ditetapkan.

"MARA juga beri bimbingan dengan menyediakan kursus yang bersesuaian kepada para usahawan ini bagi membolehkan perniagaan mereka berjaya," katanya.

Dipetik daripada Sinar Harian 23/10/2012

September 26, 2012

Pelajar cemerlang KPTM ke United Kingdom

Enam pelajar cemerlang Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) muncul kumpulan pertama menerima Skim Pinjaman Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk meneruskan pengajian ke luar negara.

Salah Seorang penerima, Nurul Izzati Mohd Salwazi, 21, akan meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perakaunan selama dua tahun di Cardiff University, United Kingdom (UK).

September 24, 2012

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 MRSM Tahun 2013 (Semenanjung Malaysia)

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TING. 4 MRSM TAHUN 2011

A. Syarat2 kelayakan :

1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi subjek teras dalam PMR tahun 2012.

2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM).

3. Pelajar Bumiputera Ting. 3 di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (Ting. 3 yang sedang menuntut di Sek. Men. Keb.) di Semenanjung Malaysia.

Permohonan Online Kemasukan Ke IKM dan KKTM Sesi Januari 2013


September 13, 2012

PM lawat Negeri Sembilan 29 September

SEREMBAN 12 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual berkunjung ke negeri ini pada 29 September ini iaitu sehari selepas pembentangan Bajet 2013.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kunjungan pemimpin nombor satu negeri itu merupakan siri jelajah Janji Ditepati di mana beberapa program diatur dan kemuncaknya pertemuan Perdana Menteri dengan rakyat.

"Bagi kita di Negeri Sembilan, lawatan ini merupakan pusingan terakhir Perdana Menteri ke negeri ini sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam tempoh tiga bulan akan datang.